Sunday, 22 December 2013

Cinta atau Simpati?


Assalamualaikum dan salam sejahtera. Berjumpa lagi kita hari ini untuk entri yang diberi tajuk 'Cinta atau Simpati'. Kebanyakkan antara kita gagal membezakan Cinta dan Simpati,kita menganggap bahawa memberi peluang kepada seseorang yang telah lama mengejar kita adalah cinta sempurna dan itulah jodohku tetapi kita tidak tahu jauh di sudut hati kita,kita telah menyimpan suatu rasa yang lebih kepada kesedihan kerana kita membiarkan seseorang bersungguh sungguh mengejar kita terus mengejar lalu kita berikan dia satu harapan dimana kadang kala kita tidak pernah bermaksud untuk memberikannya. Bagi kita dengan memberikan harapan kerana simpati akan membawa kepada cinta yang sejati,tetapi pernahkan kita terfikir suatu ketika kita mendirikan rumah tangganya lalu kita berasa bahawa kita tidak bahagia kerana kita tidak bersama seseorang yang kita benar benar kasihi. Setelah perasaan tersebut timbul kita akan mula ambil endah tidak endah terhadap pasangan disaat inilah kedua duanya akan merasa kesakitan dan yang lebih menyakitkan jika pasangan anda mengetahui bahawa anda mengahwininya kerana anda simpati akannya,pasti hantinya hancur dan berfikiran bahawa selama ini anda berpura pura mencintainya supaya dia gembira tetapi tidak buat anda. Melihat pasangannya menderita demi kebahagiannya akan lebih memeritkan hatinya lalu akan mengambil keputusan luar jangkaan demi kebahagiaan pasangannya yang selama ini telah menderita. Jadi kepada sesiapa yang sedang mengalami situasi ini bertindaklah dari sekarang sebelum semuanya terlambat,manusia ada hak untuk memilih dan selanjutnya serahkan kepada Allah S.W.T. Jika cintakan orang lain jangan mengapai harapan orang lain,jika tidak mahu tolak secara berhemah,tolak dengan kadar segera agar cintanya tidak membuak buak lalu anda menolak cintanya itu akan lebih memeritkannya dan seluruh kehidupannya. Cinta pada orang yang anda cinta,usah beri cinta pada orang yang anda simpati jika akan membuat anda menderita sepanjang usia dan bakal merosakkan hati dan jiwa orang lain kelak. Jodoh itu rahsia Allah,sebagai manusia kita kena berusaha,ianya tidak akan bergolek,jika bukan kita,orang lain yang akan mengambil jodoh kita ^_^ Sekian,Terima Kasih.

Nukilan : Telaga Derita
Tarikh : 23 Disember 2013
Masa : 2.28 AM

-Hak Cipta Terpelihara Petaka Melangit_Telaga Derita 2013-

Tuesday, 17 December 2013

Kisah Di Sebalik Topeng 'Vendetta'



Sering kali mendengar nama panggilan kumpulan pengodam terkenal di dunia 'Anonymous' atau pernah menonton filem arahan James McTeigue, 'V for Vendetta'? Pasti ramai anda diluar sana tidak mengetahui kisah sebenar disebalik topeng yang penuh misteri ini,anda hanya tahu memakainya sahaja dengan menganggap ianya suatu trend. Kisahnya bermula pada 5 November 1605,yang mana sekumpulan pemuda telah pun bersatu dan berkomplot untuk membunuh Raja King James I dan anggota parlimen Inggeris pada ketika itu. Satu pelan telah dirancang iaitu dengan meletakkan setengah tan bahan peledak dibawah bangunan parlimen ketika hari persidangan. Tujuan mereka ialah untuk membunuh raja dan ahli parlimen untuk mengembalikan semula zaman kegemilangan sistem monarki Katolik dan melonggarkan pengaruh Sepanyol dalam segala urusan yang berlaku di England. Namun rancangan mereka gagal sama sekali apabila pihak berkuasa berjaya menghidu komplot tersebut,oleh itu Guy Fawkes bersama tujuh orang rakannya telah ditangkap sewaktu mereka sedang menyusun bahan letupan dibawah bangunan parlimen. Seorang hakim yang bernama John Popham telah didatangkan khas ke London untuk mengadili kes ini dan hasil perbicaraan kelapan lapan mereka disabitkan bersalah dan dijatuhkan hukuman mati. Hukuman mati yang dijatuhkan ke atas mereka sama sekali bersifat kekejaman dan tidak bersifat kemanusiaan apabila mereka digantung tetapi tidak dibiarkan mati. Kemudian perut mereka dikelar dan sebahagian isi perut dikeluarkan ketika mereka masih dalam keadaan bernyawa. Setelah itu tangan dan kaki mereka pula dipotong dan akhir sekali kepala mereka dipenggal. Setahun selepas kejadian keluarga diraja dan anggota parlimen mengadakan pesta besar besaran dan masih diteruskan sehingga ke hari ini dengan tujuan untuk mengingatkan bahawa pengkhianatan tidak pernah dilupakan di Inggeris.

*Terdapat Dua Puak
Puak yang menyokong pemerintahan beraja
Puak yang menyanjung keberanian Guy Fawkes dan rakan rakannya menetang penindasan

Guy Fawkes

Guy Fawkes dan rakan rakannya

Pengodam Utama Dunia 'Anonymous'

Filem 'V for Vendetta'

Karya Asal Oleh Majalah Infiniti dan Diolah Oleh Telaga Derita 
Sumber Gambar : Google
Tarikh & Masa: 17 Disember 2013 (4.59 Pagi)

Monday, 16 December 2013

Mesir Dilanda Salji. Petanda Kiamat?


Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Hari ini aku nak bercerita berkaitan salji di Mesir dan kaitannya dengan kiamat. Baiklah seperti mana yang kecoh di laman sosial bahawa salji di Mesir merupakan petanda kiamat,beberapa orang telah pun bertanyakan kepada Ustaz Azhar Idrus berkaitan dengan soal ini. Ustaz Azhar Idrus atau lebih dikenali sebagai UAI telah pun menjawab bahawa salji yang turun di Mesir adalah rahmat dan tanda kebesaran Allah S.W.T. (Seperti mana yang telah disebarkan di laman Twitter oleh sesentengah pihak tetapi belum dikeluar secara terus oleh UAI didalam laman sosial Facebook dan Twitternya). Jika ingin bercerita tentang kiamat,sudah banyak tanda tanda kiamat yang berlaku di dunia ini cuma antara kita sedar,tidak sedar atau buat buat tidak menyedari apa yang berlaku dan setelah berlaku sesuatu yang amat ganjil barulah kita mengambil tempat dan berasa takut. Sebenarnya berasa takut sahaja tidak mencukupi jika kita tidak beramal dan melaksanakan tuntutan Allah kepada kita,disaat dalam ketakutan salji yang melanda masih ada individu yang tidak menutup aurat atau menutup aurat tetapi tidak sempurna,masih ada yang terus melakukan maksiat (berlawanan jantina keluar dan duduk berdua duaan di tempat gelap dan sunyi,couple,berzina dan sebagainya), masih ada yang lalai dengan dunia dan mementingkan keseronokkan dunia semata mata,masih ada yang tidak bersolat bahkan menunaikan zakat,masih ada yang tidak mempunyai keinginan untuk membaca Al-Quran sedangkan mereka mampu bersengkang mata demi menyiapkan tugasan kerana takut akan pensyarah dan guru tetapi mereka seolah olah tidak mengetahui bahawa Al Quran yang akan memberikan syafaat ke atas kita.usah sombong untuk berselawat ke atas Nabi junjungan kita Nabi Muhammad S.A.W. kerana Rasulullah turut akan memberikan syafaat kepada kita kelak pada hari perhitungan. Jadi,marilah kembali ke landasan menuju redha Allah agar kita ditempatkan dengan orang orang yang soleh dan soleha apabila ajal menjemput kelak. Diharapakan entri ini sedikit sebanyak mampu membuka minda anda semua agar kita bukan hanya takut tetapi merubah diri kita kearah lebih baik,masih belum terlambat,Allah sentiasa membuka pintu taubat buat hambanya. Wassalam.

Perkara Perkara Yang Di Highlight-kan Dalam Entri Di Atas 

1. Tidak Solat

2. Tidak Menutup Aurat

3. Menutup Aurat Tetapi Tidak Sempurna
- Tidak Berstoking
- Memakai Baju dan Seluar Yang Ketat
- Bertudung Tetapi Berbonggol Seperti Unta
- Tudung Tidak Menutup Dada
- Memakai Baju Berlengan Pendek

4. Maksiat
- Couple
- Berzina
- Keluar berdua duaan

5. Lalai Dengan Urusan Dunia
- Kerja Hingga Lupa Solat

6. Berfoya Foya

7. Tidak Membaca Al Quran

8. Tidak Berselawat Ke Atas Nabi


4 Alasan Yang Membuat Lelaki Memutuskan Hubungan Dengan Pasangannya..



Pasangannya Kuat Cemburu
Cemburu itu tanda cinta tapi jika anda terlalu berlebihan cemburu ianya akan mendatangkan kebosanan pada lelaki. Lebih lebih lagi saat dia bersembang dengan rakan perempuan,pasangannya akan cemburu dan ini akan menyebabkan dirinya rasa terkongkong dan terpenjara lalu mengambil keputusan untuk putus

Pasangannya Keras Kepala dan Tidak Mahu Mengalah
Lelaki tidak selamanya mahukan wanita yang lemah lembut tetapi mereka juga tidak mahukan wanita yang keras kepala dan tidak mahu mengalah ini kerana lelaki terkenal dengan egonya,sekiranya wanita turut tidak mahu mengalah ini akan mengakibatkan ego lelaki tercabar. Lelaki perlukan seorang wanita yang boleh memberikan kerjasama atau berkompromi dengannya.

Pasangan Tidak Menyukai Rakan atau Anggota Keluarganya 
Lelaki inginkan sebuah hubungan dimana wanita boleh mencintai dia dan menyukai rakan rakan dan keluarganya. Jika terang terangan wanita tersebut tidak menyukai antara rakan atau keluarganya ini akan membuat lelaki tidak selesa dan akan memilih rakan dan keluarganya terlebih dahulu. Ini amat berbeza dimana wanita kebiasaannya akan mengikut lelaki yang dicintainya tetapi lelaki tetap akan mengutamakan keluarga dan rakan meskipun dia mencintai wanita tersebut

Pasangannya Curang
Ini tidak perlu dinyatakan lagi,sekiranya lelaki sudah mulai perasan dan syak bahawa anda mencuranginya,dia tidak akan menunggu lama untuk memutuskan hubungan tersebut tanpa banyak soal.

Seri Sudah Memadai


Skuad Harimau Muda yang akan turun esok untuk perlawanan terakhir peringkat kumpulan hanya memerlukan keputusan seri untuk melayakkan mereka ke pusingan separuh akhir. Namun pastinya anak buah OKS tidak mahu terlalu awal bertemu seteru Asean mereka iaitu Thailand yang dilihat tidak punya masalah untuk mengungguli kumpulan B,mereka pastinya mengharapkan kemenangan untuk membolehkan mereka merampas tangga pertama daripada Singapura sekaligus akan bertemu Myanmar selaku tuan rumah.Pada perlawanan semalam skuad Harimau Muda hanya mampu mengutip satu mata apabila sekadar seri satu sama bertemu Singapura. Singapura yang mengamalkan taktik menyerang pada awal babak kedua berjaya membolosi pintu gol Harimau Muda pada minit ke-60 namun dua minit sebelum wisel penamat,Rozaimi berjaya menyelamatkan maruah negara dengan sepakan percumanya yang terus menerjah ke dalam gawang lawan.

LIVE Streaming (Harimau Muda vs Vietnam) Selasa 17/12/13 [5.00/5.30 Petang] :
RTM1 : KLIK DISINI
TV9 : KLIK DISINI

Sunday, 15 December 2013

Pandangan dan Apa Yang Seorang Lelaki Mahukan Dari Wanita..


LELAKI

Assalamualaikum,bersua lagi kita dalam entry terbaru blog Petaka Melangit. Pasti ramai tertanya tanyakan,lain macam je bunyi entry kali ini. Hahaha.. Tidak,entry kali ini tidak sama sekali merujuk kepada hubungan sex atau yang berklasifikasi 18 tahun dan ke atas. Cuma entry kali ini adalah untuk menyenaraikan pandangan dan apa yang seorang lelaki mahukan dari wanita  :) Selamat Membaca ^_^

*Perkataan wanita yang digunakan adalah umum,turut boleh diguna pakai oleh gadis yang membacanya.

1. Lelaki sukakan seorang wanita yang menutup auratnya berbanding wanita yang tidak menutup aurat,bahkan bagi lelakit bukan Islam kebanyakkan lelaki daripada kaum India dan Cina akan memilih wanita yang sering mengenakan sari dan cheong sam kerana ianya dilihat lebih sopan.

2. Lelaki mahukan seorang wanita yang memahaminya tapi tidaklah 100%,ini kerana lelaki adalah makhluk Tuhan yang kerjanya tidak boleh ditumpukan pada satu sahaja. Oleh itu lelaki mahukan pasangannya memahaminya seperti tidak selalu call tidak selalu menghantar khidmat pesanan ringkas yang kadang kala akan menganggu emosinya sewaktu dia sedang melakukan sesuatu pekerjaan lalu akan mengurangkan rasa kasih pada pasangannya.

3. Lelaki juga mahukan seorang wanita yang kurang merajuk ini kerana lelaki tidak pandai dalam perihal ini,bahkan sekiranya pasangannya merajuk,lelaki hanya akan memujuk setakat ala kadar dan jika pasangannya terus merajuk,anda boleh menduga bahawa lelaki tersebut akan mulai fed up dengan pasangannya dan bermula dari saat itu sikapnya akan mula acuh tak acuh melayan karenah pasangannya.

4. Lelaki merupakan makhluk yang kerjanya penuh dengan memerhati gerak geri setiap orang,jika terdapat wanita yang berkata ' saya ni tak minat memasak ' .. ' ish,takdelah saya nak duduk rumah lepas kahwin ' .. ' saya ni dah mula tak suka dengan lelaki,mereka kejam '. Si wanita telah meletakkan suatu perkara di hati lelaki tersebut 'dia tidak layak jadi isteri aku',percayalah hal ini akan terjadi. Setiap lelaki yang telah membaca dan mendengar kata kata di atas mereka tidak akan pernah menaruh hati dan perasaan terhadap wanita tersebut.

5. Kebanyakkan lelaki lebih menyukai wanita kampung,ini kerana pada mereka secara amnya,wanita kampung seorang yang ringan tulang dan sesuai untuk dijadikan isteri kerana ianya akan membuatkan mereka merasakan sekiranya mereka berkahwin dengan wanita kampung itu adalah sebenar benarnya perkahwinan. Manakala pandangan mereka terhadap wanita bandar adalah seorang yang moden dan suka sosial akan tetapi lelaki akan memilih wanita bandar yang dimana mereka melihat bahawa wanita ini seoarang yang merendah diri serta penuh dengan adab dan tiada bezanya dengan gadis kampung.

6. Lelaki tidak suka sekiranya pasangan mereka menceritakan sesuatu tentang bekas teman lelaki mereka. Si lelaki akan mula hilang tumpuan dan tidak akan fokus 100% terhadap penceritaan tersebut dan akan seboleh bolehnya mengelak dari pasangannya terus bercerita hal tersebut dan sekiranya si wanita tidak sedar bahawa lelaki telah mulai bosan,lelaki akan dengan secara automatik mematikan perbualan tersebut seperti sekiranya sedang ber SMS maka si lelaki tidak akan membalas SMS tersebut dan sekiranya di luar,si lelaki akan mengajak pasangannya pulang. Ini disebabkan moodnya telah 'mati'.

7. Lelaki tidak dapat lari daripada egonya,jadi jangan sesekali cuba mempersoalkan tindakannya dan menjawab kata katanya dengan keegoan seorang wanita kerana anda sedang menghampiri suatu saat dimana si lelaki akan mulai membenci dan memberikan kata kata terakhirnya pada si wanita.

8. Lelaki akan meletakkan pasangannya di tempat kedua selepas hobinya,jadi jangan sesekali menghalang hobinya atau anda tidak akan berada langsung dalam listnya

9. Jangan memaksa seorang lelaki untuk jujur kerana setelah wanita memaksanya si lelaki akan meluahkan segalanya dan sekiranya perkataan yang keluar dari mulutnya menyakitkan dan melukakan hati si wanita,jangan sesekali menyalahkan lelaki kerana dia telah sedaya upaya untuk menjaga hati wanita tersebut dengan cara mendiamkan diri atau mengelakkan diri.

10. Ketahuilah bahawa lelaki jua punyai perasaan,usahlah si wanita menghentam lelaki di Facebook atau dimana mana media sosial kerana kami hanya memerhati dan jarang untuk menghentam kembali tetapi apabila suatu medium dibuka untuk kami menyuarakan keluhan,pastinya wanita akan gagal menepis sebarang kata kata dari mulut lelaki kerana kami telah puas bersabar dengan tomahan segelintir wanita,sekiranya anda seorang wanita yang membenci lelaki,bencilah pada individu yang anda benci bukan keseluruhan lelaki dan lelih lebih lagi jika anda menyuarakannya kerana kami memerhati ibarat sebuah belon yang menanti pecah apabila isiannya anginnya telah melepasi tahap maksima.

SEKIAN,

YANG BENAR
lelaki...
(LELAKI SELURUH DUNIA)

                                                                        Terima Kasih


Topik : Lelaki
Tarikh : 16 Disember 2013
Jam : 5.26 Pagi
Hak Cipta Terpelihara 2013 Petaka Melangit
Nukilan Telaga Derita.

Suami & Isteri


Assalamualaikum semua! Hai bertemu lagi kita,hari ini saya ingin menceritakan perihal tanggungjawab dan tugas yang dilakukan oleh suami dan isteri. Selamat Membaca :)

Suami :
1. Memimpin isteri ke jalan Allah
2. Mencari dan memberi nafkah zahir dan batin
3. Membantu isteri sekiranya mampu
4. Setia kepada isteri dan berikanlah kasih sayang secukupnya walaupun berpoligami
5. Pertahankan hak isteri
6. Jangan menjadi dayus

Isteri :
1. Mengikut suami mencari redha Allah
2. Berhias untuk suami
3. Mengembirakan hati suami
4. Mempertahankan hak suami dan menutup aibnya
5. Memasak untuk suami
6. Melahirkan zuriat untuk suami
7. Tidak mengkhianati suami atau melawan kata kata suami
8. Tidak mengecewakan suami terutama dalam urusan batin
9. Tidak menjerumuskan suami ke neraka (sebagai contoh tidak menutup aurat)

*Sebenarnya banyak lagi perihal tugas dan tanggungjawab suami dan isteri namun ini adalah sekadar apa yang saya ketahui :) Terima kasih kerana sudi membaca ^_^

Apa Sudah Jadi ? Pengguna Mulai Berang!


Kiosk P1 (Selayang Mall)

Assalamualaikum semua pelayar blog Petaka Melangit,ha hari ini saya ingin berkongsi satu berita yang dalam satu dua hari ini semakin hangat dan mendapat liputan meluas di internet iaitu berkaitan dengan sebuah syarikat yang menawarkan perkhidmatan internet tanpa wayar iaitu P1 Wimax. Dikhabarkan,semakin hari semakin ramai pengguna mulai berang dengan sikap syarikat ini yang seperti endah tidak endah dengan keluhan pengguna mereka bahkan ada yang ditindas oleh syarikat ini seperti apa yang saya baca di dalam page page facebook yang mengecam perkhidmatan P1 Wimax ini. Bermacam keluhan dan cacian dilemparkan kepada syarikat tanda mereka sungguh tidak berpuas hati dengan perkhidmatan yang diberikan. Servis yang diberikan tidak setimpal dengan bayaran,disamping itu terdapat juga keluhan pengguna yang telah memotong line internet P1 Wimax mereka namun setelah beberapa bulan bil mulai sampai dan mereka perlu membayar sejumlah wang yang mencecah ratusan malahan ribuan ringgit lalu sekiranya mereka gagal melunaskan bayaran tersebut mereka akan dikenakan CTOS. Oleh itu,sekiranya kejadian ini dan sevis teruk yang diberikan P1 Wimax adalah teruk seperti yang diperkatakan banyak pihak,diharapkan pihak P1 Wimax dapat mengatasi masalah ini dengan segera untuk mengelakkan kejadian yang tidak diingini berlaku pada masa hadapan. Sekian buat entry kali ini. Terima Kasih :)

Antara Page dan Group Yang Memboikot P1 Wimax (Klik Pada Link)

* CTOS = Menyenarai hitamkan nama pengguna dan dibawa ke muka pengadilan lalu akan mengakibatkan pengguna yang gagal membayar meskipun mereka tidak menggunakannya sukar untuk membuat pinjaman peribadi dan untuk ke luar negara.




Saturday, 14 December 2013

Untittled...


Bismillahirahman'nirahim

Look at the little boy above. He got a problem.. How do i know that? Let me explain.. A little child by nature plays is happy and always with some one,be with his mother,sister,brother or his friends. They don't have a thing to worry about but when you looked at a small child under twelve,pensive... believe me, he is facing a problem incomprehensible to his mind and a little body.. You want know how i know it? because I used to be that chid .. I used to sit like him.. :) no dangling legs either swinging it. It just hanging down and not even crossed.. Whatever is on his mind is too heavy for him to bear that he's not react to anything.. Seems like a puppet,all still and stiff, not even care what goes around.. You know what I'm thingking when I like that? I just don't even know when I started doing all of that but I realised and I was always think.. Who am I? Who were my parents? Whose my brother and sister? Why? Why my life was different from others? Who do I belong to? Don't be surprised of what goes on in the minds of a child. The mind that has tremendous abilities,treepassing time and borders with unlimited powers of imagination.. 

THE END

Written By : N.A.Z 





*Artikel ini bukanlah hasil pemikiran atau cetusan idea pihak Petaka Melangit atau Telaga Derita,ianya adalah cetusan idea daripada pihak yang mencari medium untuk meletakkan artikelnya agar boleh dibaca oleh umum,oleh itu sebarang kesilapan atau kesamaan jalan cerita bukanlah daripada pihak kami dan jalan cerita ini tiada kena mengena dengan yang hidup atau pun sudah tiada mengikut penulisan bebas Blogger. Sebarang aktiviti mencetak atau memaparkan semula hasil nukilan adalah dibawah budi bicara daripada pihak N.A.Z. Terima Kasih. (Ahad / 15.12.2013 / 2.51 AM)

Friday, 13 December 2013

_OTAK!


Ok ini adalah otak,semua makhluk yang boleh bergerak ada otak kecuali tumbuhan tumbuhan lah.. manusia ada otak,haiwan pun ada otak..cuma haiwan kurang akal je.. tapi zaman sekarang,aku sendiri tak tau nak cakap sebab macam dah terbalik sangat sangat. Manusia ada otak ada akal tapi buat benda tak pakai akal. Ada yang cuba cari populariti dengan upload gambar,video dan suara yang tak senonoh,gedik,melampau dan boleh menyebabkan orang yang melihat akan mengalami kemurungan selama 3 hari berturut turut tanpa tindak balas dari mana mana anggota badan. Seperti yang kita dapat lihat,sesetengah manusia menggunakan laman sosial untuk menyebarkan sesuatu atau perkara berkaitan tentang diri mereka tanpa memikirkan apa yang bakal terjadi. Walaupun akhirnya mereka famous tapi hidup dalam kejian manusia.. itu ke yang anda mahukan? orang tak kan berkata kalau perkara tu tidak menjelekkan pandangan orang lain. Mata .. aksi lembut seorang jejaka dipertontonkan kepada khalayak ramai,duduk Amerika mungkin mereka boleh terima tapi kenyataannya mereka ini berada di Malaysia.. virus sedang merebak jangan biarkan anda dijangkitinya,dapatkan vaksin secara percuma di masjid sementara stok masih ada,dekatkan diri dengan kuliah di masjid,dengar cerama agama ti Televisyen,ini tidak jam 9 Malam RTM1 ada Forum Perdana,dia gatai tangan tukar 8TV ha dia kata laki dia dah mai. Bagus sangatlah tu,fenomena K-Pulok melanda. Aku tak kisah pun cerita cerita macam tu ditayangkan tapi cuba hangpa jangan taksub boleh tak? boleh tak? ha dua kali tu habaq hang,dulu Malaysia dilanda fenomena metal dan rock,tak da pun abah aku kata Ella tu bini dia.. mak aku takda pun kata Rahim Maarof tu laki dia,dengar layan sempoi ja kepala kasi goyang.. Ini tidak tengok K-POP bukak sini sana (tak kata depa jugak.. artis melayu pun ada yang bukan nak nyanyi pun cuma nak bagi orang tengok body lepas tu orang pi kedai belilah CD dia) sambung K-POP balik.. depa bukak sini sana tu yang korang suka sangat nak tengok download apa lagi malam dengar sorang lepas tu bangkit 'eh ada running man,tu joong kok laki aku'.. orang yang main bam bam boom tu apasal takda yang nak kata 'wei tu laki aku woi!' haha.. ok stop pasal K-POP. Kita cerita pulak kisah kapel kapel zaman sekarang.. aku tak tau nak klasifikasi kan diaorang ni macam mana.. ada yang kapel sampai buat maksiat (maksiat maksud luas) tapi yang paling keji depa dok buat zina pun bangga tulis dalam fb,tak cukup dengan tu siap upload video projek membuat chucky dari depa berdua..kadang kadang beramai ramai,dah upload ada dua tiga kaki blue pun start download dan extract file. Maka merata ratalah aksi mereka ditonton,MasyaAllah,Astagfirullahal'azim..mana pergi malu pada diri? pergi sekolah darjah satu sampai tingkatan 5 ada buku teks agama,waktu agama hari hari tapi tak juga masuk dek akal untuk elakkan benda benda ni berlaku.. aib dibanggakan.. Tapi sampai bila semua ini korang just nak tengok je kan.. kalau tegur nanti kena katok,takpa kalau nampak orang buat maksiat hang ajak kawan ramai ramai pergi serbu dan cekup tengok siapa katok siapa. Kita sepatutnya yang ada had yang golongan tinggal kecik kecik ni ajak yang banyak terpesong ni supaya kembali ke jalan yang benar.. jangan kita pulaukan diaorg sebab kalau kita pulaukan lagi lah depa seronok,'hai takda orang tegur aku lagi suka' so tulis panjang panjang nanti orang tak suka,katanya hang ni sempurna ka? aku takdalah sempurna cuma bila teringat saat indah, bila rindu ku nyanyikan lagu... eh..stop! aku takdalah sempurna cuma apa salah kalau kita teringat kita ingatkan orang lain.. mungkin boleh jd macam MLM bukan Maharaja Lawak Mega tapi Multi Level Marketing .. yelah pahala bertambah tambah.. rekrut orang bawah..orang bawah sampaikan apa yang kita sampaikan kat dia pada orang lain dia dapat pahala kita pun dapat dan begitulah seterusnya. Apa apa  pun aku harap korang enjoy dengan entry ni,kalau rasa sakit hati dengan entry ni aku mintak maaf banyak banyak ye. Tak ade niat nak sakitkan hati sesiapa pun.. bab yang aku letak '_' sebelum tulis OTAK tu aku nak cerita benda lain tapi lama lama idea lain yang keluar hahaha,so dah enjoy baca tu,lepak kejap.. tapis apa yang patut dan kalau rasa ayat aku boleh diguna pakai,gunalah kalau tak biarkan lah. Aku tak kejar followers atau Likers pun :3
Sekian,Terima Kasih. Wassalam.

Kalau Sudi KLIK DI SINI (Link Fan Page)
LIKE ok :3 Nak Follow pun boleh,dah follow tinggalkan link dalam chat box ok :)

BOTAK

KOTAK


Kalau nak cari gambar Kotak tolong search Box ye,kalau taip kotak kat google kotak ni yang keluar > KOTAK < -_-


Thursday, 12 December 2013

Pembunuh Nombor Dua Wanita! Kanser Servik!

Assalamualaikum. Hai. Lama sudah kita tidak bersuakan,pada anda semua ternanti nanti apakah tajuk yang bakal aku jadikan santapan bacaan korang semua. Baiklah hari ini,aku nak bercerita sedikit tentang kanser pangkal rahim atau lebih dikenali sebagai kanser servik. Mungkin korang tertanya tanya,apahal blog lelaki hendak bercerita tentang kanser servik? Mungkin ada antara kita yang menganggap mempelajari atau mengambil tahu tentang penyakit jantina yang berlawanan terutamanya pada kawasan kemaluan ada perkaran yang sangat memalukan sehinggakan ada yang merasakan ini semua tidak penting,tetapi anda silap! kerana seorang lelaki juga harus mengetahui dan mempelajari penyakit yang akan menyerang wanita dan boleh mengundang maut. Baiklah,sudah panjang untuk pengenalan,kita akan memasuki isi penting dalam tajuk saya pada kali ini.



*Kanser Pangkal Rahim/Kanser Servik
*Servik = bahagian pangkal atau bawah rahim yang bersambung dengan vagina

Dua Peringkat Dimana Sel Sel Penyakit Servik Membiak Secara Luar Biasa

Peringkat Pertama
*Sekitar Servik

Peringkat Kedua
*Merebak Ke Tisu Tisu Berhampiran dan Organ Tubuh Yang Lain (Contoh : Paru Paru)

Penyebab Penyakit Ini
*Melakukan hubungan seks pada usia muda
*Mempunyai pasangan seks yang ramai
*Mengandung melebihi 5 kali
*Jangkitan kuman melalui hubungan kelamin seperti HPV (Human Papilloma Virus)
*Kurang jagaan kebersihan anggota sulit
*Merokok
*Kurang daya tahan badan

Kesan Kesan Awal
*Pendarahan luar biasa dari vagina (bukan haid)
*Pendarahan yang banyak
*Pendarahan yang berpanjangan
*Kehadiran darah beku
*Pendarahan dari vagina selepas hubungan seksual
*Sakit selepas melakukan hubungan seksual
*Pendarahan selepas putus haid
*Keluar cecair luar biasa dari vagina
*Berbau dan bercampur darah

Ujian Yang Mengesahkan Anda Dijangkiti Kanser Servik
*Full blood count
*Liver Function Test
*Renal Profile

Rawatan
*Pembedahan
*Radioterapi
*Kimoterapi

Cara Cara Mencegah Kanser Servik
*Amalkan gaya hidup sihat
*Setia pada pasangan
*Lakukan ujian pap smear (3 tahun sekali)
*Dapatkan suntikan HPV (Boleh didapati seawal usia 18 tahun di Klinik Nur Sejahtera & Klinik IPT)

Beberapa Foto Berkaitan Kanser Servik dan Pap Smear

                                        Kawasan Dimana Sel Kanser Berkumpul dan Merebak

                                                   Pangkal Rahim Yang Terpaksa Dibuang

Alatan Pap Smear

Antara Langkah Dalam Ujian Pap Smear

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Kali Ini,Semoga Membawa Manfaat Untuk Semua
Like Jika Sudi! Petaka Melangit Page 


Kredit Kepada Laman Sesawang myservik.gov.my

Wednesday, 6 November 2013

Siulan Kedamaian...


Assalamualaikum semua.. hari ini entry aku tersangatlah pendek dan ringan pembacaannya. Nampak gambaran adik kat atas tu? tu bukan adik aku mahupun orang sekeliling aku tetapi apa yang aku cuba kaitkan adalah apabila adik itu bersiul terpancar kedamaian dan keindahan namun kita tahukah apa yang telah dia lalui? Pastinya tidak kan... setiap orang mahukan ketenangan namun dia ditimpa pelbagai masalah dalam dirinya,bagaimana hendek bertenang,pejamkan mata... tarik nafas panjang panjang dan hembus sebanyak tiga kali,setelah itu masih lagi tidak bertenang? ambiklah wuduk,solat sunat jika anda sudah solat cukup 5 waktu... jika belum, laksanakan yang tertinggal. Kembali kepada Allah adalah cara yang paling baik untuk bertenang dan apabila kita merasa tenang,segalanya mudah untuk masuk kedalam jiwa dan diluahkan dengan sekali nafas sahaja.. Jika anda bertenang apa yang akan anda lakukan? pastinya anda akan duduk di jendela dan bersiul secara automatiknya :) Siulan terhasil dari ketenangan hati dan kedamaian jiwa ^_^


Zikir Ketenangan Hati & Jiwa



Terima Kasih :)

Thursday, 31 October 2013

T Shirt We Are 1995 Family 2013



T - Shirt We Are 1995 Family .. 

Harga : 
Short Sleeve RM25 (Semenanjung,Sabah,Sarawak)
Long Sleeve RM30 (Semenanjung,Sabah,Sarawak)

Saiz : XS - 3XL

Jenis Kain : Cotton


Buat Masa Ini Hanya Dibuka Untuk 30 Helai Sahaja. Terima Kasih

Tarikh Akhir Tempahan Ialah Isnin (4/11/2013 Jam 3 Petang) Setelah Itu Kesemua Yang Telah Order Akan Dimaklumkan Tentang Cara Pembayaran :)




UNTUK BESARKAN IMEJ,TOLONG KLIK PADA GAMBAR. TQ

Thursday, 26 September 2013

Memandang Dengan Sebelah Mata Sahaja.. Part 2


Assalamualaikum.. berjumpa lagi kita sekali lagi pada hari Jumaat yang mulia ini. Ha oklah intro tak perlulah nak panjang panjang kan.. apa apa pun enjoy dengan entri kali ni dan moga moga ada pengisiannya,InsyaAllah..


                                          Baiklah aku mulakan dengan 'AURAT' seperti yang kita sudah pun ketahui,aurat perempuan/wanita adalah keseluruhan tubuh badan kecuali muka dan tapak tangan manakala lelaki pula dari pusat hingga ke lutut. Kita mulakan dengan perempuan/wanita lah,mudah sikit.. nampaknya hari ni makin ramai anak gadis dah mula bertudung akan tetapi mereka menganggap bahawa tudung itu sudah mencukupi menutupi aurat.. baju kenalah ikut trend.. trendlah sangat! trend kebendanya kalau lengan pun atas dari siku sedangkan yang sepatutnya sampai ke pergelangan tangan.. baju ketat.. anda sudah tahu bahawa tubuh anda ada bentuk yang tersendiri,tidak perlulah diperkatakan lagi. Apabila anda mengenakan pakaian yang ketat pasti dada anda akan lebih kehadapan dari segi pandangannya. adakah anda tidak malu ? atau sedang berbangga menayangkan body anda untuk tatapan umum? bukankah yang ketat itu lebih menyukarkan kita untuk bergerak tapi tidak bagi kebanyakkan anak gadis pada masa kini.. jangan kata anak gadis.. mak gadis pun ada yang sama.. baguslah menaikkan saham dosa bapa/suami dan juga anak lelaki.. itukan yang kamu mahu?  Seluar pula,ala ala macam zaman mat rockers dulu dulu tapi itu lelaki kamu pula adalah wanita.. maaflah kata kalau bentuk depan dan belakang boleh dilihat seolah olah anda sedang bertelanjang cuma warna seluar tersebut yang membezakan.. kalau boleh nak pakai lagi ketat.. sampai koyak agaknya yang dimahukan.. kaki juga adalah aurat,berstokinglah anda wahai kaum hawa jangan sampai kita tidak endahkan kaki kamu itu, ianya juga perlu ditutup pakailah yang tebal sedikit agar memenuhi syariat yang dah ditentukan.. jadi aku syorkan perempuan/wanita zaman kini pakailah jubah yang besar dari saiz kita.. kalau anda saiz S beli L . Pastikan ianya tidak jarang dan nipis.. beli yang agak tebal lagi sempoi! Panas sedikit takpe,jangan panas banyak di neraka nanti.. masa tu dah takde guna dah. Ok kita bergerak kepada lelaki pula, ok my geng aurat kita tak lah banyak antara pusat dan lutut sahaja namun itu pun masih ada yang susah nak jaga.. main bola main ragbi main badminton main apa jenis sukan jelah mesti nak pakai seluar pendek atas lutut. Apa ke hei nye yeop? tak faham bahasa ke buat buat tak faham? katanya 'mudah nak bergerak',abis tu seluar track yang panjang tu kan jenis getah.. fleksibel jugakkan? 'pakai seluar tight yang lebih lutut pun bolehkan' sambungnya lagi .. yup memanglah boleh tapi kalau dah seluar had peha je yang selebihnya ditutupi oleh tight ianya makhruh kata UAI sebab menampakkan bentuk aurat kepada orang lain (bagi lelaki- lelaki sahaja) dan  lagi satu,gemar sungguh bukak baju lepas dah berpeluh,lebih lebih lagi selepas bersukan,depan ramai ramai lak tu.. nak tayang body yang sasa lah konon tapi pusat dah terlihat.. apalagi top up dosa lah gamaknya. Kesian sungguhkan free free je dapat dosa,sedangkan kalau tak buka baju tu dikhalayak ramai tak mati pun bahkan takkan effect apa apa,boleh tuju ke bilik mandi untuk buka baju dan sekaligus membersihkan diri kan kan kan .. Jadi kepada lelaki dan perempuan/wanita diluar sana : Ingat! "TUTUP Aurat BUKAN BALUT Aurat"
 
                                   Hentaman,baiklah hentaman yang dimaksudkan bukanlah memukul seseorang tapi kata kata cacian yang kita lemparkan pada orang lain. Hentaman pada masa kini lebih kepada media sosial,bila seseorang itu melakukan kesalahan.. ada individu yang akan secreen capture,tak kisahlah gambar ke kata kata ke.. lalu diuploadkan ke tempat yang lain maka akan hadirlah beberapa juri jemputan untuk memberikan hentaman mereka.. sedarkah kita? kita sepatutnya menasihati bukannya menghentam,dan menasihati juga bukannya melalui kata kata yang lemparkan terus pada individu tersebut semasa berada dikhalayak ramai,itu bukan nasihat,itu mengaibkan dia.. cuba kita yang mengenali individu ini bawa lah dia ke suatu tempat dan anda nasihatkan dia secara bertentangan mata,bukankah lebih baik? terima atau tidak itu belakang cerita yang penting anda tidak mengaibkan dia. Takut takut apa dia lakukan itu akan dilakukan oleh anak cucu kita nanti. Disebabkan kita pernah mengaibkan individu tersebut maka apabila kesilapan tersebut dilakukan oleh anak cucu kita nanti pasti dia akan diaibkan juga. Selain menghentam ada juga yang mengumpat,baguslah makanlah daging saudaramu sendiri. Tidak perlu untuk menyebarkan keburukkan orang lain kepada orang lain lalu akan menjadi buah mulut orang ramai,setiap kali orang memburukkan individu tadi, orang yang memburukkan itu dapat dosa bahkan yang mula mula memperkatakan juga dapat dosa. ha dah macam MLM kan.. kalau duit takpe jugak ini dosa.. jadi jangan kita mengaibkan orang lain,mungkin pada pandangan kita itu cara kita membencinya tapi cara kita sudah salah,setiap manusia tak lari dari kesilapan atau melakukan keburukkan tetapi orang disekelilingnya haruslah menasihati bukan mencaci agar dia akan bertaubat dan mendekati kita semua dan akan berubah ke arah kebaikan bukannya makin menjauh dan menyimpang :)
                                   
                                  Yang terakhir adalah kepada mereka yang celik dalam keagamaan,apabila kamu menasihati seseorang yang mungkin jahil atau kurang fahaman agamanya,gunakalah kata kata yang elok kerana itulah cara untuk menarik orang mendekati agama,elakkan menggunakan perkataan "bodoh" sebab siapalah kita hendak melabelkan seseorang itu "bodoh" ? Syurga jua belum tentu milik kita walaupun kita celik dalam agama kerana Syaitan akan terus mengoda,yang celik agama juga boleh tergelincir dari landasan dan mungkin yang jahil hari ini akan menjadi orang yang lebih hebat dari pengajarnya.. Semuanya telah ditulis,kita yang harus berusaha mendapatkannya.

Baiklah selesai sudah entri "Memandang Dengan Sebelah Mata Sahaja" diharapkan anda semua dapat sedikit input dan terhibur dengan apa yang telah aku taip dalam entri ni dan jika ada sebarang kekasaran kata mahupun kesilapan bicara harap dimaafkan dan pada yang belum membaca "Part 1" boleh lah klik pada link ini --> http://petakamelangit.blogspot.com/2013/09/memandang-dengan-sebelah-mata-sahaja.html Sekian Terima Kasih :)

Saturday, 21 September 2013

Memandang Dengan Sebelah Mata Sahaja.. Part 1


Assalamualaikum semua,ha lama dah tulis apa apa dalam blog aku ni :3 Oklah hari ni tajuknya 'Memandang Dengan Sebelah Mata Sahaja'. Entry ni bukan nak cari kelemahan mana mana pihak cuma nak ajak kita semua berfikir sebentar. Jika ada kekhilafan,harap dimaafkan. Selamat Membaca..

Yang pertama aku nak sebut pasal couple lah kan,mesti yang baca ni pun ada bf/gf .. betul tak? xpe,tak perlu ngaku.. tak de benda yang nak dibanggakan dengan perbutan mendekati zina ni.. Yup betul Couple kalau dikaji betul bermaksud dua atau berdua duaan,seperti mana yang pernah aku dengar Ustaz Azhar Idrus berkata,kalau tak pernah jumpa tu bukan couple namanya. Ok mesti ramai yang tersenyum lebar kan? Saya ada pakwe,tapi pakwe saya jauh.. saya di Thailand dia di Bangladesh. Kira tak couple lah kan? kan? kan? memang dalam situasi ni tak boleh nak disebut couple sebab masing2 jauh tapi pernah terfikir tak? kita seperti meletakkan diri kita di tengah tengah lautan yang deras? Sayang? Anje? Baby? Mama? Papa? -_- mungkin yang tengah melaluinya tak kesah menyebutnya tapi pada yang menyolo.. bunyinye agak geli.. betul tak? haha.. tapi siang malam korang contact,korang bermsg,korang berjanji sumpah setia.. bukankah korang dah memberi harapan dan juga berlaku zina hati disitu? agak agak yang call pakwe tu? korang cakap mesti lemah gemalai kan.. love you bagai semua keluar.. sedarkah korang bahawa mana tau syahwat si pakwe tu sedang menaik ? merangsang syahwat seseorang itu berdosa tau tak? korang yang cari nahas kan..

Yang kedua call.. zaman sekarang yang single or couple dah jadikan ini macam trend dah.. malam2 bosan mulalah taip kat muka buku 'sesiapa nak call kita xmalam nie? tak kisahlah lelaki ke perempuan ke.. kita tgh bosan nie' Oklah.. mungkin sekadar percakapan antara dua kawan.. tapi kalau lelaki dan perempuan dah mula bercakap berduakan,nak nak suara awek tu sedap,mesti automatik ada yang tanya 'awak dah berpunya ke?' dia tanya je.. kalau awek tu kata dah.. sure frust mamat tu.. tp cubelah kita isi masa yang bosan tu ngan perkara berfaedah,untuk apa call yang bukan mahram? untuk suka2 untuk hilang bosan? malam2 call tak malu ke? tak segan ke? anak dara seolah seronok suaranya didengari orang.. orang dulu.. takde telefon.. okay xboleh nak call2 tp apa mereka sudah diajar.. bila ada orang lelaki datang,masuk bilik.. jangan bercakap dengan orang lelaki yang tak tentu halanya,jangan bergaul mesra dengan yang bukan mahram.. mahalkan suara anda..bukan bosan je jual bosan je jual.. mungkin suara boleh jadi permulaan kepada sesuatu yang lebih ..

Yang Ketiga,membenci dan melabelkan jantina yang berlawanan sebagai 'kejam' atau 'tak guna' . Biasalah adat bercinta ada yang akan putus,sedangkan yang kahwin boleh bercerai.. tapi terfikirkan korang bila korang membenci jantina yang berlawanan diaorg juga yang akan menyempurnakan hari korang dikemudian hari.. sudah tentulah dengan orang yang lain..tak kan nak kahwin ngan ex korang yang korang benci kan.. tapi tak mustahil kan :) bila korang kata "SEMUA" ianya akan menguris hati yang lain,yang lelaki kata semua perempuan tak guna .. mak,kakak,nenek korang tu lelaki ke? yang perempuan kata semua lelaki sama je,kalau tak mainkan hati perempuan tak sah.. ayah korang masih sayangkan mak korang kan? abang jaga korang baik2 kan.. ada dia biarkan adik perempuan dia dikacau? tak kan? jadi tak semua ok tp orang yang menyakiti korang tu yang patut korang labelkan.. kalau tulis kat FB.. tag je nama ex yang korang benci sangat tu ..

Ini yang keempat dan last untuk part 1.. pasal bergambar.. 'weh kau tgk couple tu bergambar.. tak tau haram ke ? macam jahanam je perangai..' abis tu ada yang bertunang ambik gambar tu.. xnak sound? siap kata 'wah cantik/hensem tunang kau' .. err.. tlglah bukak mata sikit.. yang berkawan pun sama ada juga yang mengambil gambar berdua kononnya sebagai kenangan.. nak kenangan ambik sekelas kenapa mesti berdua? dosa juga bergambar dengan bukan mahram.. boleh menimbulkan fitnah orang.. ambik gambar pun rapat2.. kalau jarak 100 meter tak kisah.. jadi jika pandangan korang pada couple yang gambar berdua korang hentam,begitu juga korang kena buat kepada tunang dan juga kawan2 yang bergambar lelaki perempuan berdua sahaja (bukan mahram).

Oklah sampai situ sahaja untuk entri 'Memandang Dengan Sebelah Mata Sahaja Part 1' Bukan mencari kelemahan sesiapa cuma ajak anda berfikir :) 

Saturday, 6 July 2013

Telefon Pintar Untuk Dilepaskan!!! Murah! Murah!

Assalamualaikum,entry hari ini bukan untuk bercerita tetapi untuk menjual sebuah Telefon Pintar keluaran Ninetology!





Ini adalah Bahagian Depan dan Bahagian Belakang Telefon Ninetology Pearl Mini...




Kotak Pembelian Bersama Telefon Pintar Ninetology Pearl Mini...


Charger (USB 2 in 1[Digunakan untuk mengecas dan menyambungkan antara Telefon Pintar dan juga Komputer,Laptop])


Disertakan Bersama Sim Card (TUNE TALK) Yang belum didaftarkan :)

Hasil Gambar Yang Diambil Melalui Camera Telefon Pintar Ninetology Pearl Mini :





Apa Yang Akan anda Terima :

1. Telefon Pintar Ninetology Pearl Mini x1
2. Memory Card (4gb) x1
3. Charger x1
4. USB x1
5. Sim Card (TUNE TALK) x1
6. Screen Protector Tambahan x1

Apa Yang Ada di Dalam Telefon Pintar Ninetology Pearl Mini :

1. Warranty Online (Masih Berbaki 10 Bulan)
2. 2 Wallpaper yang menarik
3. Applikasi (WeChat,Youtube,Cymera,AppMgr III & Banyak Lagi)
4. 4 Buah Lagu & 6 Video

Spekfikasi :

Network : GSM 900/1800 MHz
                WCDMA 2100 MHz

CPU : 1 GHz Processor

Operating System : Android 2.3

Display : 3.5" HVGA

Memory : 512 MB ROM - 256 MB RAM
               External Storage - Support up to 32 GB

Camera : Primary - 2.0 (Setting up to 3.0)

Connectivity : A-GPS,WiFi,FM Radio & Bluetooth

Battery : 1300 mAh

Sim : Dual Sim


Harga : RM350 (termasuk pos laju) *Tidak Boleh Tawar Menawar*

Berminat ? Whatsapp atau SMS kan sahaja ke nombor ini 017-6813021

#Menjual Kerana Memerlukan Wang Segera :)

Saturday, 25 May 2013

Kembali Belajar!!!


Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamualaikum sahabat ku sekalian :) apa khabar hari ini? hari ni aku just nak kongsi sedikit penulisan dari kefahaman aku :3 harap apa yang aku tulis nanti tidak akan menyinggung hati sesiapa ok, siapa yang kenal cara aku dia fahamlah macam mana aku ni.. Selamat Membaca~

Pesanan Kepada Sahabat IPTA : Korang yang dapat IPTA ni adalah antara manusia yang terpilih sebab bukan semua yang dapat menjejakkan kaki mereka ke menara gading Awam ini. Aku banyak dengar yang belajar di IPTA ni boleh main main lagi tapi kita dah besarkan,jadi kurangkan lah main main tu.. fokus fokus fokus~ sebab korang boleh dikira pelajar yang pandai dalam akademik dan bagus dalam kokorikulum so jangan sia siakan kepercayaan yang diberikan oleh pihak Universiti kepada korang ye :) Tak kisahlah ambik diploma apa pun,skor sebaiknya dapatkan 3.0 dan ke atas ye.. Good Luck Korang! Semoga happy happy selalu :)

Pesanan Kepada Sahabat Politeknik : Jeng jeng jeng :3 hehe kepada korang pulak yg dapat Poli Premier tu korang sama je macam pelajar IPTA jadi takde beza sangat pun mungkin praktikal korang lebih sikit kot,kot ar haha yang dapat Poli Konvensional tu korang adalah generasi yang sebenarnya diperlukan sangat untuk memenuhi pasaran tenaga kerja dalam Malaysia menjelang 2020,yang dapat buat diploma tu aku rasa praktikal korang more than teori yang akan korang belajar nanti.. tapi tak banyaklah mungkin lepas 10%-15% je lah.. yang buat sijil tu jangan risau jangan khuatir,korang ada kemahiran..dengan kemahiran korang boleh hidup ar,tenang je.. jangan gusar,InsyaAllah korang juga boleh jadi hartawan :3 percayalah padaku haha ~ Teori semata mata adalah kosong ye,takde sapa nak korang kalau setakat diploma tapi kalau Sijil kemahiran ni ramai nak korang... sbb walaupun sijil je korang tahu apa yang patut korang buat,yang ambik mekanikal.. kalau nanti masa nak mintak kerja katakanlah tauke or bos korang bagi sebiji motor suruh korang tanggalkan semua dan pasang balik,InsyaAllah korang boleh buka dan pasang sesempurnanya manakala yang ambik diploma berkaitan mekanikal ni dia hanya tahu cakap je mana yang kurang mana yang tak betul tapi cuba bagi dia buat,belum tentu dia tahu nak buat..Selamat Berjaya :3

Pesanan Kepada Sahabat Matrik : Ok,ni budak budak pandai jugak ni.. semua bekas pelajar Pure Science,Sub Science dan Akaun.. korang semua ada masa 1 tahun atau 2 tahun mengikut surat tawaran koranglah,korang pergi sana dan fight,korang pelajar pandai kalau tak matrik tak kan ambik risiko bagi korang masuk ke matrik ni sebab bukan senang ye semuanya berasaskan sains dan akaun.. tengok modul korang lah nanti. Walaupun kena struggle tapi percayalah korang boleh buat,sebab korang boleh dapatkan keputusan yang baik dalam SPM jadi setakat matrik ni mesti kacang jelah kan haha masa tu susun cantik ye :) Selamat Menempuh Liku Liku Matrik dan Selamat Berjaya ye :)

Pesanan Kepada Sahabat Tingkatan 6 : Ha ni geng aku,orang kata sekapal lah,cuma lain lain kerja.. kepada yang ambik jurusan sains tu aku tahu memang susah sebab jurusan kemanusiaan pun dah pening sebenarnya,nak kejar 10 markah,sembang sampai dua kertas,mana nak dapat idea,baca baca baca.. haha tapi baca membuta pun tak boleh jugak,baca dan faham,applikasikan pembelajaran korang tu jangan bila kata applikasi ingat play store,BB apps,Apps store dan macam macam lagi lah,zaman serba moden,dunia di hujung jari~ walaupun orang pandang rendah pada kita macam kita ni sisa je tapi takpe,bukitkan sisa sisa kita pun nanti kita akan bernilai,botol kosong tu sisa tapi bila NIKE olah dah olah tambah itu ini botol kosong yang kos nya berapalah sangat dapat menghasilkan sehelai jersey bola sepak dan dijual dengan harga beratus ringgit dan dengan sisa tulah Cristiano Ronaldo,Wayne Rooney,Mesut Ozil dan Neymar pakai sewaktu membantu pasukan masing masing merebut gelaran juara FIfa World Cup 2010 .. jadi tak usah risaulah,kita hanya perlu usaha,tapi jangan dengar sangat cakap orang yang tingkatan 6 ni susah,kena usaha bagai nak gila,tak tak tak.. semuanya bergantung pada pengurusan masa,belajarlah 10 jam pun tapi takde mood sure tak kan masuk tapi belajar 10 minit asalkan faham itu lebih memadai. Jangan dengar hasutan senior ye..kehidupan kita berbeza,yang baik kita ambik yang keruh kita tapislah sekarang dah ada water filter apa susah huhu~ apa apa pun wahai rakan seangkatanku ayuh kita mengubah persepsi orang terhadap kita ok! Selamat Berjaya!! Selamat Struggle,struggle ke? boleh lah boleh lah :3

Pesanan Kepada Sahabat IPTS : yo korang :) korang maybe dah tak nak pakai baju sekolah so sebab tu ramai yang tolak tingkatan 6 dan ke IPTS sebenarnya takpe pun dimana ada kemahuan di situ ada highway~ haha sebabnya bila korang belajar di IPTS korang dah rasa kehidupan Universiti.. korang dah boleh sesuai kan diri tapi pada yang masuk awal lepas habis je SPM tu adalah keputusan yang terbaik sebab mempercepatkan proses mendapatkan Sijil korang,yang baru nak masuk pun takde masalah cuma kena pandai pilih IPTS sebab kebanyakkan IPTS ni berlandaskan keuntungan semata mata,kata pun swasta jadi keuntungan dan swasta tak dapat dijauhkan,dekat dekat dan semakin dekat :3 Yang  penting bila belajar IPTS korang kena usaha jugak,kena struggle jugak sebab korang dah melabur banyak jadi mesti nak pulangan yang terbaik kan jadi tak leh nak rileks rileks sebab kosnya bukan seribu dua tapi berbelas dan ada  yang sampai berpuluh ribu,orang kata kalau kahwin pun dah lepas haha tapi belajar tu penting dari kahwin ok :) Nak ulang pun melibatkan penambahan kos yang tinggi.. jadi pandai pandai buat percaturan,cuma aku nak cakap dapatkan hasil yang terbaik dari hasil pelaburan yang besar. Selamat Berjaya!


KEPADA YANG SUDI BACA DARI ATAS KE BAWAH TU TERIMA KASIH SANGAT SANGAT AKU UCAPKAN! :)

# Belajar betul betul,nak awek ke nak pakwe ke lantak lah asalkan belajar,habis belajar..kerja... kawen..timang baby :3 wuu~ haha bye bye,takat ni je penulisan aku ok :3 TATA~ :3

Monday, 22 April 2013

Perjanjian Berdarah

Assalamualaikum,Salam Sejahtera dan Salam 1 Malaysia Kepada Semua Pembaca Blog Petaka Melangit,Saya Selaku Penulis Cerita Ini Memohon Maaf Sekiranya Jalan Cerita Yang Akan Dibaca Oleh Anda Semua Sebentar Lagi Ada Bersangkut Paut Dengan Kehidupan Anda Sekalian. Semua Nama Yang Digunakan Tidak Ada Kena Mengena Dengan Yang Hidup Mahupun Yang Telah Meninggal Dunia.


                   
"Siti,telah lama saya pendamkan perasaan ini namun baru kini dapat saya luahkan pada awak,Siti Nur Amiratul Binti Abdullah sudikah awak menjadi isteri saya?" itulah luahan hati Zamrul kepada Siti yang telah lama diimpikan olehnya untuk menjadi pendamping hidupnya. "Zam,bukannya saya menolak tetapi saya rasa ini bukanlah masa yang sesuai lagipun hati saya dah mula terpaut dengan Arman,saya tahu kita dah lama berkawan tetapi saya tidak pernah menggangap awak lebih dari itu,hanya seorang kawan Zam,saya harap awak faham" Siti berlalu pergi tanpa menghiraukan panggilan Zamrul,Walaupun dia berlalu begitu sahaja namun dihatinya mula sebak dan titisan air mata mulai menyetuh pipinya kerna dia tahu perkara yang berlaku pada hari ini akan merosakkan hubungan mereka sebagai seorang rakan karib. Setelah beberapa minit kelibat Siti mulai hilang. "Hah! tak guna punya perempuan selama ni aku ingat kau rapat dengan aku,kau buat aku sukakan kau itu bermakna kau jugak sukakan aku tapi ini balasan kau terhadap kebaikan yang aku taburkan kepada kau! kenapa mesti Arman yang kau suka,kenapa bukan aku! aku lebih baik dan berharta daripada dia! kenapa Siti kenapa!!!" kata kata yang keluar dari mulut Zamrul seperti orang kehilangan akal dan menjerit seperti iman sudah tiada di dalam hatinya. "Kau tunggu Siti,aku akan dapatkan jugak kau nanti jika bukan hati dan perasaan kau,jasad kau pun jadilah yang penting kau dan Arman tidak akan bersatu!" bisikkan hati Zamrul yang mula dikuasai nafsu serta iblis dan syaitan.
                    "Tok oh Tok" Zamrul memanggil manggil Tok Sukarno yang merupakan pengamal ilmu hitam di kampung tempat tinggal Zamrul,semua orang yang datang ke rumah Tok Sukarno kebanyakkannya orang orang sakit dan juga ahli korporat yang ingin memenangi projek projek yang besar. Beberapa minit kemudian pintu rumah Tok Sukarno dibuka oleh anaknya iaitu Arshad "Masuklah,Tok ada di ruang tamu" kata Arshad setelah itu,Zamrul mengangguk angguk tanda memahami keberadaan Tok Sukarno. "Ya,ada apa kamu kemari wahai anak muda" suara yang menusuk telinga Zamrul sebaik sahaja dia mendekati Tok Sukarno dari belakang. "Saya err.. saya.. err saya nak mintak tolong dengan tok ni" kata Zamrul tergagap gagap. "Apa pertolongan yang ingin kamu minta daripada ku itu jika dapat ku tunaikan akan ku bantu mu wahai anak muda" sambung Tok Sukarno. Lalu Zamrul menceritakan kejadian siang tadi kepada Tok Sukarno, lalu Tok Sukarno bersuara " Jadi kau mahukan minyak pengasih wahai anak muda?". "Tidak Tok,saya tidak mahukan minyak pengasih kerana saya tidak mahu dia sukakan saya kerana minyak itu" jawab Zamrul. "Jadi apa mahu mu?" soal Tok Sukarno. "Saya mahu lihat dia mati Tok!" terpancul kata kata sedemikian daripada mulut sambil disusuli tawa kecil kejahatan di wajah Zamrul. "Baiklah jika itu mahu mu,akan ku beri kan kau pendamping yang akan membantu mu membunuh dia" kata Tok Sukarno sambil menghulurkan satu bungkusan putih yang berisi darah ayam jantan dan beras kuning. "Ambil bungkusan ini,pada tepat jam 12 tengah malam nanti kau asapkan bungkusan ini lalu kau letakkan pada gambar dia lalu kau toreh sedikit jari manis kau dan titiskan tiga titik darah dalam kemenyan lalu kau asapkan kembali dan ulangi sebanyak tiga kali" Tok Sukarno menyambung kata katanya dan memberi kata arahan kepada Zamrul apa yang patut dilakukan oleh Zamrul. Zamrul mengambil bungkusan tersebut lalu berterima kasih kepada Tok Sukarno lalu dihulurkan olehnya RM300 sebagai pengeras.
                  Tepat jam 12 tengah malam maka Zamrul memulakan upacara seperti yang diberitahu oleh Tok Sukarno. Setelah selesai dan sempurna upacara tersebut,bungkusan putih tersebut ghaib dari pandangan Zamrul,agak ketakutan Zamrul pada ketika itu namun dia tidak lagi pedulikan semua itu apa yang dia mahu agar Siti mati dan Arman tidak akan dapat memiliki Siti.
                 "Allahuakhbar! tolong! tolong! jangan ganggu aku!! aku tak kacau korang!" jerit Siti dengan wajahnya mula dibasahi peluh ketakutan sambil mulutnya terkumat kamit membaca ayat ayat suci Al-Quran meskipun tidak lancar bacaannya. Lima lembaga wanita berkuku tajam,berambut panjang,berbaju koyak,tidak berkaki dan mata kemerah merahan mengelilingi Siti yang masih di atas katil,pada waktu itu jam sudah menunjukkan detik 12.30 minit tengah malam,kedengaran sayu sayu angin dan suara lembaga lembaga tersebut memanggil nama Siti. Siti lemah dan semakin lemah,dia tidak berdaya melawan ketakutan yang menyelubungi dirinya. Akhirnya lembaga lembaga itu mula memegang kepalanya,kedua belah tangannya dan kedua belah kakinya,dalam satu ngilaian lembaga lembaga tersebut merentap kesemua anggota badan Siti,maka terputuslah nyawa yang dikandung jasad Siti selama ini,terjengil mata Siti yang masih ada bersama kepalanya yang telah putus dari badannya. Lembaga lembaga itu rakus,seperti singa yang mencarik carik serpihan daging rusa,habis koyak daging dan terpercik darah Siti di merata kawasan biliknya seperti kolam yang dipenuhi darah,isi perutnya yang terburai menjadi santapan lembaga lembaga tersebut,tidak kelihatan lagi jasad Siti melainkan kaki dan tangannya yang terkoyak dibiarkan bergelimpangan di atas katil. Hatinya juga tidak dimakan oleh lembaga lembaga tersebut namun lembaga lembaga hodoh itu menyerahkan hati Siti kepada Zamrul untuk dimakan oleh Zamrul sendiri,Zamrul mengunyah nguyah hati Siti seolah olah dia sedang bersantapkan hati ayam,namun hati Siti ini harus dimakan mentah mentah,tiada apa yang dapat menghalang Zamrul dari terus mengunyah hati Siti kerana telinga Zamrul sedang dihasut oleh lembaga lembaga tersebut "Makan Zamrul makan... nanti hati Siti akan bersatu dengan kau..kau jangan risau Siti tak akan dimiliki oleh Arman kerana sekarang dia milik kau Zamrul..Milik kau~" sayup sayup suara nyaring lembaga lembaga itu yang menusuk masuk ke rongga telinga Zamrul. "Hahaha!!! Siti dah jadi milik aku! milik aku sorang! tak ada orang lain dah yang boleh memiliki Siti! Hati dia dah jadi milik aku! Hanya aku! aku! aku! aku!!!!" jeritan bersama gelak tawa Zamrul kuat kedengaran sehingga ke halaman luar rumahnya,gelak tawa Zamrul juga diselangi ngilaian lembaga lembaga hodoh itu. Zamrul puas hingga dia terlena dan mulutnya dihiasi dengan darah.
                 Jam 4.30 pagi Zamrul terjaga dari lenanya kerana dia seperti dikejutkan seseorang,"hah! Siapa yang menepuk nepuk tangan aku ni! menganggu saja aku nak tidur!" marah Zamrul keseorangan. "Zam ~ bangun Zam... Ini Siti Zam,Siti rindukan Zam..bangun Zam bangun" suara itu terus membuatkan Zamrul tersentak dan terus segar dari lenanya itu. "Siti? Siti sayang Zam? Siti datang kat Zam? Siti nak kahwin dengan Zam tak?" tanya Zamrul kepada makhluk yang merupai Siti itu dengan tangisan kegembiraan mengalir di pipinya dan kelihatan seperti orang kehilangan akal. "mestilah Siti nak,tapi macam mana kita nak kahwin Zam,kita dah berlainan dunia" ujar makhluk itu lagi. "Siti! Zam sanggup buat apa saja janji kita dapat kahwin Siti,tolong Siti tolong,beritahu Zam apa yang perlu Zam lakukan janji kita bersatu Siti" Zam mulai hilang kewarasan akibat cintanya yang mendalam terhadap Siti,dia tidak sedar bahawa Siti sudah tiada di dunia ini. "Satu je caranya Zam,Zam kenalah mati dulu,barulah kita boleh bersatu,Zam nak kahwin dengan Siti kan? Cepatlah mati nanti dapatlah kita berkahwin :)" Makhluk itu terus berkata kata dan memperdaya Zamrul lalu Zamrul segera berdiri dan menuju ke arah dapur,dia mencari pisau agar dapat menikam diri dirinya,namun gagal tetapi alangkah bijaknya syaitan mempermainkan manusia,dialihkan pandangan Zamrul ke arah sebuah gergaji elektrik di atas meja makan maka tersenyumlah Zamrul seketika kerana gergaji itulah yang akan membuatnya bersatu dengan Siti sentar lagi,maka dihidupkan gergaji elektrik itu oleh Zamrul lalu dia terus mengacukan ke arah perut,berterbangan dan bertaburan isi perut Zamrul memenuhi ruang dapurnya "kau bodoh Zamrul! kau bodoh! kau senang diperbodohkan! Bodoh kau Zamrul!! Hahaha!!!" gelak tawa ngilaian makhluk yang merupai Siti itu sambil dalam beberapa kerdipan mata ianya kembali menjadi lembaga lembaga hodoh yang telah membunuh Siti sebelum ini. Zamrul mati dengan sia sia,kerana cinta akhirnya dia dan Siti terkorban bersama,Siti mungkin akan ke syurga tetapi Zamrul akan dihumban ke neraka jahanam kerana bersekutu bersama iblis dan syaitan. Sisa sisa jasad Zamrul yang hancur dikerjakan gergasi eletrik itu menjadi santapan buat kedua kalinya bagi lembaga lembaga hodoh itu.
                Tangan dan kaki Siti disemadikan keesokkan harinya setelah jiran sebelah rumahnya terbau akan bau mayat lalu terus menelefon pihak polis,setelah itu pihak polis tiba dan memecahkan pintu rumah Siti kerana tiada jawapan dari dalam rumah setelah bertalu talu pihak polis memberikan salam. Pihak polis masuk ke dalam rumah Siti, bau busuk mula menusuk ke dalam hidung mereka lalu mereka menjejaki bau tersebut menggunakan anjing pengesan sehinggalah anjing tersebut membawa mereka semua ke sebuah bilik,tergamam seketika pihak polis apabila membuka pintu bilik tersebut kerana melihat bilik tersebut dipenuhi percikan darah bersama tangan dan kaki yang terbiarkan di atas katil. Setelah dibawa ke unit forensik serta dibedah siasat dan dikenalpasti oleh pihak forensik bahawa memang benar kaki dan tangan itu milik Siti namun mereka gagal mencari bukti untuk mencari suspek pembunuhan dan kes Siti diklasifikasikan sebagai kematian misteri manakala mayat Zamrul masih berada didalam rumahnya namun bukan dengan jasadnya yang sempurna, cuma kedua dua matanya sahaja dibiarkan diatas meja makan manakala tiada sisa tubuh Zamrul lagi kerana sudah habis menjadi santapan kerakusan oleh lembaga lembaga hodoh tersebut.


'Jadi beringatlah wahai teman teman bahawa jangan kerana mahukan cinta seseorang kita sanggup menduakan/mensyirikkan Allah S.W.T. kerana percayalah bahawa hidup kamu tidak akan tenang dan akan menjadi terus terusan menjadi hamba serta mangsa Iblis dan Syaitan'

Saturday, 9 March 2013

Apendiks!

Assalamualaikum semua... Entry kali ni berkenaan dengan aku..sudah seminggu lebih aku mengalami sakit perut .. Dah banyak pil Check Keat Aun (betol ke aku eja) aku telan tapi tak jugak hilang sakit perut aku ... Tapi hari ni sakit perut aku menyerang dengan lebih kuat,aku cuma mampu bertahan je.. Tak tunjukkan sakit aku sebab aku tak nak mak aku risau.. Tapi adakah aku menghidapi penyakit Apendiks (Sejenis Penyakit Usus) ? Penyakit ni mampu membawa maut kata orang ramai dan saudara aku juga meninggal di usia muda disebabkan penyakit ini ...tapi jika benar aku menghidapi penyakit ni aku redha je..nak ke klinik aku malas nanti kalau bukan bukan yang dikatakan doktor lagi bertambah susah hati aku.. Apa apa pun aku serah pada Allah jika maut menjemput aku disebabkan penyakit ini aku terima seadanya. Tapi aku takkan putus asa selagi ada ubat selagi ada minyak Cap Kapak selagi tu aku berharap sakit aku ini hanya sakit perut biasa... Doakan aku ye kawan kawan...bukan aku mencari simpati tetapi sekadar menceritakan apa yang aku alami di blog aku sendiri..kepada yang membaca aku ucapkan terima kasih pada yang tidak suka akan entry ini aku minta maaf... Mana tahu ini entry terakhir aku... Bye2 kalau panjang umur adalah lagi entry daripada aku ye ^^ peace no war :)

Friday, 8 March 2013

Keputusan Menanti Kehadiran Kita Untuk Mengambilnya

Assalamualaikum semua yang sedang membaca blog aku pada entry kali ini ... Entry aku kali ni pasal result hoho mesti korang takut kan nak ambik result...huhu nak jawab exam takut nak ambik result lagi takut tapi nak buat macam mana apa yang kita usaha itulah yang kita dapat kan ... Baik atau buruk itu bukan lah kayu pengukur kepada kejayaan kita di masa hadapan... Pada yang bakal dapat result terbaek nampaknya rumah korang akan dihujani dengan tawaran tawaran daripada Universiti universiti terkemuka... Pada yang sedang-sedang kenalah usaha sikit,cari peluang yang ada kalau terlewat sedikit menunggu lah tahun hadapan pulak macam kebanyakkan yang terjadi pada senior senior aku huhu... Pada yang dapat result teruk tu anda dalam keadaan kritikal...pada yang kaya boleh lah nak ke LKW~ apa tu LKW? Mana lagi kalau bukan Universiti LimKokWing yang setakat ini aku rasa yang paling mahal tapi pada yang biasa biasa sahaja tu korang boleh lah lanjutkan pengajian korang ke Politeknik mahupun pusat pusat kemahiran sebab menjelang tahun 2020 Malaysia memerlukan 10,000 pekerja yang berkemahiran.. Mana tahu ada rezeki korang... Gaji korang nanti lebih tinggi daripada pekerja yang menggunakan teori semata mata ... Tapi apa pun aku ucapkan korang semua selamat berjaya terutamanya semua bekas pelajar yang seangkatan dengan aku yang bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan (Laki-Laki) Bukit Bintang serta Kelas 5 Ikhlas ^_^ Tidak dilupakan jua kepada semua kawan kawan dalam
Group :- Batch 1995,We Are Family,Kami Lahir Tahun 1995 & 1995 Only :)

Selamat Berjaya kepada rakan2 kelas ku : Iman,Hem,Shailendra,Faiq,Nabil,Azaharul,Hasan,Azim,Hanif,Hazlam,Faris dan beberapa orang lagi.. Law tak sebut jangan tacing ye hehe ~ korang sentiasa dalam ingatan aku!^^

Selamat Berjaya jua Kepada Budak2 Group : Taiko ,Muz,Amx,Ym,Amirul/Amerul (mana2 nama ada Amirul/Amerul itulah korang), Fatin,Ummi,Intan,Dayah,Ijah,Safiqah,Ima,Khalilah,Nana,Fazira,Diana,Asmar,Hairul,Farihah,Hasmira,Syed Din,Epowl,Aina,Norazwani,Syu,Zu,Nuna,Asyiqin dan ramai lagi ... [Kalau takde nama dalam ni jangan sedih sebab nama korang ada jugak dalam hati aku cuma masa tulis entry ni lambat skit loading dari hati naik ke otak hehe maaf ek ><]

Dan Kepada Dayang Siti Syazwani ! Selamat Berjaya jugak ye awak hehe dapat result bagus awak belanja saya makan ok? Ok Set tau huhu xD 1A satu bungkus kek lapis Sarawak... Pos laju ye hehe :P

Semoga Result Kita Semua Hebat2 Belaka... Aku doakan yang terbaek buat korang ok! InsyaAllah Batch kita akan mencipta Sejarah SPM yang paling cemerlang dan tidak dapat ditandingi sepanjang Zaman !!! Amin! Hoho ...

Oklah dah penat aku menulis jadi masa untuk meletakkan titik noktah hehe bye2 korang.. Selamat Berjaya! 20 Mac 2013 akan menjadi saksi^^


Keputusan Sijil Pelajaran Malaysia 2012 :
Rabu
20 Mac 2013
8 JamadilAwal 1434 Hijrah
Jam 10 Pagi