Assalamualaikum dan salam sejahtera. Berjumpa lagi kita hari ini untuk entri yang diberi tajuk 'Cinta atau Simpati'. Kebanyakkan antara kita gagal membezakan Cinta dan Simpati,kita menganggap bahawa memberi peluang kepada seseorang yang telah lama mengejar kita adalah cinta sempurna dan itulah jodohku tetapi kita tidak tahu jauh di sudut hati kita,kita telah menyimpan suatu rasa yang lebih kepada kesedihan kerana kita membiarkan seseorang bersungguh sungguh mengejar kita terus mengejar lalu kita berikan dia satu harapan dimana kadang kala kita tidak pernah bermaksud untuk memberikannya. Bagi kita dengan memberikan harapan kerana simpati akan membawa kepada cinta yang sejati,tetapi pernahkan kita terfikir suatu ketika kita mendirikan rumah tangganya lalu kita berasa bahawa kita tidak bahagia kerana kita tidak bersama seseorang yang kita benar benar kasihi. Setelah perasaan tersebut timbul kita akan mula ambil endah tidak endah terhadap pasangan disaat inilah kedua duanya akan merasa kesakitan dan yang lebih menyakitkan jika pasangan anda mengetahui bahawa anda mengahwininya kerana anda simpati akannya,pasti hantinya hancur dan berfikiran bahawa selama ini anda berpura pura mencintainya supaya dia gembira tetapi tidak buat anda. Melihat pasangannya menderita demi kebahagiannya akan lebih memeritkan hatinya lalu akan mengambil keputusan luar jangkaan demi kebahagiaan pasangannya yang selama ini telah menderita. Jadi kepada sesiapa yang sedang mengalami situasi ini bertindaklah dari sekarang sebelum semuanya terlambat,manusia ada hak untuk memilih dan selanjutnya serahkan kepada Allah S.W.T. Jika cintakan orang lain jangan mengapai harapan orang lain,jika tidak mahu tolak secara berhemah,tolak dengan kadar segera agar cintanya tidak membuak buak lalu anda menolak cintanya itu akan lebih memeritkannya dan seluruh kehidupannya. Cinta pada orang yang anda cinta,usah beri cinta pada orang yang anda simpati jika akan membuat anda menderita sepanjang usia dan bakal merosakkan hati dan jiwa orang lain kelak. Jodoh itu rahsia Allah,sebagai manusia kita kena berusaha,ianya tidak akan bergolek,jika bukan kita,orang lain yang akan mengambil jodoh kita ^_^ Sekian,Terima Kasih.
Nukilan : Telaga Derita
Tarikh : 23 Disember 2013
Masa : 2.28 AM
-Hak Cipta Terpelihara Petaka Melangit_Telaga Derita 2013-
saling percaya mmpercayai perlu ad... cinta sejati jodoh itu pasti ad, jodoh rahsia nyew
ReplyDelete