Sunday, 15 December 2013

Apa Sudah Jadi ? Pengguna Mulai Berang!


Kiosk P1 (Selayang Mall)

Assalamualaikum semua pelayar blog Petaka Melangit,ha hari ini saya ingin berkongsi satu berita yang dalam satu dua hari ini semakin hangat dan mendapat liputan meluas di internet iaitu berkaitan dengan sebuah syarikat yang menawarkan perkhidmatan internet tanpa wayar iaitu P1 Wimax. Dikhabarkan,semakin hari semakin ramai pengguna mulai berang dengan sikap syarikat ini yang seperti endah tidak endah dengan keluhan pengguna mereka bahkan ada yang ditindas oleh syarikat ini seperti apa yang saya baca di dalam page page facebook yang mengecam perkhidmatan P1 Wimax ini. Bermacam keluhan dan cacian dilemparkan kepada syarikat tanda mereka sungguh tidak berpuas hati dengan perkhidmatan yang diberikan. Servis yang diberikan tidak setimpal dengan bayaran,disamping itu terdapat juga keluhan pengguna yang telah memotong line internet P1 Wimax mereka namun setelah beberapa bulan bil mulai sampai dan mereka perlu membayar sejumlah wang yang mencecah ratusan malahan ribuan ringgit lalu sekiranya mereka gagal melunaskan bayaran tersebut mereka akan dikenakan CTOS. Oleh itu,sekiranya kejadian ini dan sevis teruk yang diberikan P1 Wimax adalah teruk seperti yang diperkatakan banyak pihak,diharapkan pihak P1 Wimax dapat mengatasi masalah ini dengan segera untuk mengelakkan kejadian yang tidak diingini berlaku pada masa hadapan. Sekian buat entry kali ini. Terima Kasih :)

Antara Page dan Group Yang Memboikot P1 Wimax (Klik Pada Link)

* CTOS = Menyenarai hitamkan nama pengguna dan dibawa ke muka pengadilan lalu akan mengakibatkan pengguna yang gagal membayar meskipun mereka tidak menggunakannya sukar untuk membuat pinjaman peribadi dan untuk ke luar negara.




No comments:

Post a Comment