Pasangannya Kuat Cemburu
Cemburu itu tanda cinta tapi jika anda terlalu berlebihan cemburu ianya akan mendatangkan kebosanan pada lelaki. Lebih lebih lagi saat dia bersembang dengan rakan perempuan,pasangannya akan cemburu dan ini akan menyebabkan dirinya rasa terkongkong dan terpenjara lalu mengambil keputusan untuk putus
Pasangannya Keras Kepala dan Tidak Mahu Mengalah
Lelaki tidak selamanya mahukan wanita yang lemah lembut tetapi mereka juga tidak mahukan wanita yang keras kepala dan tidak mahu mengalah ini kerana lelaki terkenal dengan egonya,sekiranya wanita turut tidak mahu mengalah ini akan mengakibatkan ego lelaki tercabar. Lelaki perlukan seorang wanita yang boleh memberikan kerjasama atau berkompromi dengannya.
Pasangan Tidak Menyukai Rakan atau Anggota Keluarganya
Lelaki inginkan sebuah hubungan dimana wanita boleh mencintai dia dan menyukai rakan rakan dan keluarganya. Jika terang terangan wanita tersebut tidak menyukai antara rakan atau keluarganya ini akan membuat lelaki tidak selesa dan akan memilih rakan dan keluarganya terlebih dahulu. Ini amat berbeza dimana wanita kebiasaannya akan mengikut lelaki yang dicintainya tetapi lelaki tetap akan mengutamakan keluarga dan rakan meskipun dia mencintai wanita tersebut
Pasangannya Curang
Ini tidak perlu dinyatakan lagi,sekiranya lelaki sudah mulai perasan dan syak bahawa anda mencuranginya,dia tidak akan menunggu lama untuk memutuskan hubungan tersebut tanpa banyak soal.
No comments:
Post a Comment