Skuad Harimau Muda yang akan turun esok untuk perlawanan terakhir peringkat kumpulan hanya memerlukan keputusan seri untuk melayakkan mereka ke pusingan separuh akhir. Namun pastinya anak buah OKS tidak mahu terlalu awal bertemu seteru Asean mereka iaitu Thailand yang dilihat tidak punya masalah untuk mengungguli kumpulan B,mereka pastinya mengharapkan kemenangan untuk membolehkan mereka merampas tangga pertama daripada Singapura sekaligus akan bertemu Myanmar selaku tuan rumah.Pada perlawanan semalam skuad Harimau Muda hanya mampu mengutip satu mata apabila sekadar seri satu sama bertemu Singapura. Singapura yang mengamalkan taktik menyerang pada awal babak kedua berjaya membolosi pintu gol Harimau Muda pada minit ke-60 namun dua minit sebelum wisel penamat,Rozaimi berjaya menyelamatkan maruah negara dengan sepakan percumanya yang terus menerjah ke dalam gawang lawan.
LIVE Streaming (Harimau Muda vs Vietnam) Selasa 17/12/13 [5.00/5.30 Petang] :
RTM1 : KLIK DISINI
TV9 : KLIK DISINI
No comments:
Post a Comment