Thursday, 12 December 2013

Pembunuh Nombor Dua Wanita! Kanser Servik!

Assalamualaikum. Hai. Lama sudah kita tidak bersuakan,pada anda semua ternanti nanti apakah tajuk yang bakal aku jadikan santapan bacaan korang semua. Baiklah hari ini,aku nak bercerita sedikit tentang kanser pangkal rahim atau lebih dikenali sebagai kanser servik. Mungkin korang tertanya tanya,apahal blog lelaki hendak bercerita tentang kanser servik? Mungkin ada antara kita yang menganggap mempelajari atau mengambil tahu tentang penyakit jantina yang berlawanan terutamanya pada kawasan kemaluan ada perkaran yang sangat memalukan sehinggakan ada yang merasakan ini semua tidak penting,tetapi anda silap! kerana seorang lelaki juga harus mengetahui dan mempelajari penyakit yang akan menyerang wanita dan boleh mengundang maut. Baiklah,sudah panjang untuk pengenalan,kita akan memasuki isi penting dalam tajuk saya pada kali ini.



*Kanser Pangkal Rahim/Kanser Servik
*Servik = bahagian pangkal atau bawah rahim yang bersambung dengan vagina

Dua Peringkat Dimana Sel Sel Penyakit Servik Membiak Secara Luar Biasa

Peringkat Pertama
*Sekitar Servik

Peringkat Kedua
*Merebak Ke Tisu Tisu Berhampiran dan Organ Tubuh Yang Lain (Contoh : Paru Paru)

Penyebab Penyakit Ini
*Melakukan hubungan seks pada usia muda
*Mempunyai pasangan seks yang ramai
*Mengandung melebihi 5 kali
*Jangkitan kuman melalui hubungan kelamin seperti HPV (Human Papilloma Virus)
*Kurang jagaan kebersihan anggota sulit
*Merokok
*Kurang daya tahan badan

Kesan Kesan Awal
*Pendarahan luar biasa dari vagina (bukan haid)
*Pendarahan yang banyak
*Pendarahan yang berpanjangan
*Kehadiran darah beku
*Pendarahan dari vagina selepas hubungan seksual
*Sakit selepas melakukan hubungan seksual
*Pendarahan selepas putus haid
*Keluar cecair luar biasa dari vagina
*Berbau dan bercampur darah

Ujian Yang Mengesahkan Anda Dijangkiti Kanser Servik
*Full blood count
*Liver Function Test
*Renal Profile

Rawatan
*Pembedahan
*Radioterapi
*Kimoterapi

Cara Cara Mencegah Kanser Servik
*Amalkan gaya hidup sihat
*Setia pada pasangan
*Lakukan ujian pap smear (3 tahun sekali)
*Dapatkan suntikan HPV (Boleh didapati seawal usia 18 tahun di Klinik Nur Sejahtera & Klinik IPT)

Beberapa Foto Berkaitan Kanser Servik dan Pap Smear

                                        Kawasan Dimana Sel Kanser Berkumpul dan Merebak

                                                   Pangkal Rahim Yang Terpaksa Dibuang

Alatan Pap Smear

Antara Langkah Dalam Ujian Pap Smear

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Kali Ini,Semoga Membawa Manfaat Untuk Semua
Like Jika Sudi! Petaka Melangit Page 


Kredit Kepada Laman Sesawang myservik.gov.my

No comments:

Post a Comment