Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Hari ini aku nak bercerita berkaitan salji di Mesir dan kaitannya dengan kiamat. Baiklah seperti mana yang kecoh di laman sosial bahawa salji di Mesir merupakan petanda kiamat,beberapa orang telah pun bertanyakan kepada Ustaz Azhar Idrus berkaitan dengan soal ini. Ustaz Azhar Idrus atau lebih dikenali sebagai UAI telah pun menjawab bahawa salji yang turun di Mesir adalah rahmat dan tanda kebesaran Allah S.W.T. (Seperti mana yang telah disebarkan di laman Twitter oleh sesentengah pihak tetapi belum dikeluar secara terus oleh UAI didalam laman sosial Facebook dan Twitternya). Jika ingin bercerita tentang kiamat,sudah banyak tanda tanda kiamat yang berlaku di dunia ini cuma antara kita sedar,tidak sedar atau buat buat tidak menyedari apa yang berlaku dan setelah berlaku sesuatu yang amat ganjil barulah kita mengambil tempat dan berasa takut. Sebenarnya berasa takut sahaja tidak mencukupi jika kita tidak beramal dan melaksanakan tuntutan Allah kepada kita,disaat dalam ketakutan salji yang melanda masih ada individu yang tidak menutup aurat atau menutup aurat tetapi tidak sempurna,masih ada yang terus melakukan maksiat (berlawanan jantina keluar dan duduk berdua duaan di tempat gelap dan sunyi,couple,berzina dan sebagainya), masih ada yang lalai dengan dunia dan mementingkan keseronokkan dunia semata mata,masih ada yang tidak bersolat bahkan menunaikan zakat,masih ada yang tidak mempunyai keinginan untuk membaca Al-Quran sedangkan mereka mampu bersengkang mata demi menyiapkan tugasan kerana takut akan pensyarah dan guru tetapi mereka seolah olah tidak mengetahui bahawa Al Quran yang akan memberikan syafaat ke atas kita.usah sombong untuk berselawat ke atas Nabi junjungan kita Nabi Muhammad S.A.W. kerana Rasulullah turut akan memberikan syafaat kepada kita kelak pada hari perhitungan. Jadi,marilah kembali ke landasan menuju redha Allah agar kita ditempatkan dengan orang orang yang soleh dan soleha apabila ajal menjemput kelak. Diharapakan entri ini sedikit sebanyak mampu membuka minda anda semua agar kita bukan hanya takut tetapi merubah diri kita kearah lebih baik,masih belum terlambat,Allah sentiasa membuka pintu taubat buat hambanya. Wassalam.
Perkara Perkara Yang Di Highlight-kan Dalam Entri Di Atas
1. Tidak Solat
2. Tidak Menutup Aurat
3. Menutup Aurat Tetapi Tidak Sempurna
- Tidak Berstoking
- Memakai Baju dan Seluar Yang Ketat
- Bertudung Tetapi Berbonggol Seperti Unta
- Tudung Tidak Menutup Dada
- Memakai Baju Berlengan Pendek
4. Maksiat
- Couple
- Berzina
- Keluar berdua duaan
5. Lalai Dengan Urusan Dunia
- Kerja Hingga Lupa Solat
6. Berfoya Foya
7. Tidak Membaca Al Quran
8. Tidak Berselawat Ke Atas Nabi
No comments:
Post a Comment