Tuesday, 17 December 2013

Kisah Di Sebalik Topeng 'Vendetta'



Sering kali mendengar nama panggilan kumpulan pengodam terkenal di dunia 'Anonymous' atau pernah menonton filem arahan James McTeigue, 'V for Vendetta'? Pasti ramai anda diluar sana tidak mengetahui kisah sebenar disebalik topeng yang penuh misteri ini,anda hanya tahu memakainya sahaja dengan menganggap ianya suatu trend. Kisahnya bermula pada 5 November 1605,yang mana sekumpulan pemuda telah pun bersatu dan berkomplot untuk membunuh Raja King James I dan anggota parlimen Inggeris pada ketika itu. Satu pelan telah dirancang iaitu dengan meletakkan setengah tan bahan peledak dibawah bangunan parlimen ketika hari persidangan. Tujuan mereka ialah untuk membunuh raja dan ahli parlimen untuk mengembalikan semula zaman kegemilangan sistem monarki Katolik dan melonggarkan pengaruh Sepanyol dalam segala urusan yang berlaku di England. Namun rancangan mereka gagal sama sekali apabila pihak berkuasa berjaya menghidu komplot tersebut,oleh itu Guy Fawkes bersama tujuh orang rakannya telah ditangkap sewaktu mereka sedang menyusun bahan letupan dibawah bangunan parlimen. Seorang hakim yang bernama John Popham telah didatangkan khas ke London untuk mengadili kes ini dan hasil perbicaraan kelapan lapan mereka disabitkan bersalah dan dijatuhkan hukuman mati. Hukuman mati yang dijatuhkan ke atas mereka sama sekali bersifat kekejaman dan tidak bersifat kemanusiaan apabila mereka digantung tetapi tidak dibiarkan mati. Kemudian perut mereka dikelar dan sebahagian isi perut dikeluarkan ketika mereka masih dalam keadaan bernyawa. Setelah itu tangan dan kaki mereka pula dipotong dan akhir sekali kepala mereka dipenggal. Setahun selepas kejadian keluarga diraja dan anggota parlimen mengadakan pesta besar besaran dan masih diteruskan sehingga ke hari ini dengan tujuan untuk mengingatkan bahawa pengkhianatan tidak pernah dilupakan di Inggeris.

*Terdapat Dua Puak
Puak yang menyokong pemerintahan beraja
Puak yang menyanjung keberanian Guy Fawkes dan rakan rakannya menetang penindasan

Guy Fawkes

Guy Fawkes dan rakan rakannya

Pengodam Utama Dunia 'Anonymous'

Filem 'V for Vendetta'

Karya Asal Oleh Majalah Infiniti dan Diolah Oleh Telaga Derita 
Sumber Gambar : Google
Tarikh & Masa: 17 Disember 2013 (4.59 Pagi)

No comments:

Post a Comment