Sunday 22 December 2013

Cinta atau Simpati?


Assalamualaikum dan salam sejahtera. Berjumpa lagi kita hari ini untuk entri yang diberi tajuk 'Cinta atau Simpati'. Kebanyakkan antara kita gagal membezakan Cinta dan Simpati,kita menganggap bahawa memberi peluang kepada seseorang yang telah lama mengejar kita adalah cinta sempurna dan itulah jodohku tetapi kita tidak tahu jauh di sudut hati kita,kita telah menyimpan suatu rasa yang lebih kepada kesedihan kerana kita membiarkan seseorang bersungguh sungguh mengejar kita terus mengejar lalu kita berikan dia satu harapan dimana kadang kala kita tidak pernah bermaksud untuk memberikannya. Bagi kita dengan memberikan harapan kerana simpati akan membawa kepada cinta yang sejati,tetapi pernahkan kita terfikir suatu ketika kita mendirikan rumah tangganya lalu kita berasa bahawa kita tidak bahagia kerana kita tidak bersama seseorang yang kita benar benar kasihi. Setelah perasaan tersebut timbul kita akan mula ambil endah tidak endah terhadap pasangan disaat inilah kedua duanya akan merasa kesakitan dan yang lebih menyakitkan jika pasangan anda mengetahui bahawa anda mengahwininya kerana anda simpati akannya,pasti hantinya hancur dan berfikiran bahawa selama ini anda berpura pura mencintainya supaya dia gembira tetapi tidak buat anda. Melihat pasangannya menderita demi kebahagiannya akan lebih memeritkan hatinya lalu akan mengambil keputusan luar jangkaan demi kebahagiaan pasangannya yang selama ini telah menderita. Jadi kepada sesiapa yang sedang mengalami situasi ini bertindaklah dari sekarang sebelum semuanya terlambat,manusia ada hak untuk memilih dan selanjutnya serahkan kepada Allah S.W.T. Jika cintakan orang lain jangan mengapai harapan orang lain,jika tidak mahu tolak secara berhemah,tolak dengan kadar segera agar cintanya tidak membuak buak lalu anda menolak cintanya itu akan lebih memeritkannya dan seluruh kehidupannya. Cinta pada orang yang anda cinta,usah beri cinta pada orang yang anda simpati jika akan membuat anda menderita sepanjang usia dan bakal merosakkan hati dan jiwa orang lain kelak. Jodoh itu rahsia Allah,sebagai manusia kita kena berusaha,ianya tidak akan bergolek,jika bukan kita,orang lain yang akan mengambil jodoh kita ^_^ Sekian,Terima Kasih.

Nukilan : Telaga Derita
Tarikh : 23 Disember 2013
Masa : 2.28 AM

-Hak Cipta Terpelihara Petaka Melangit_Telaga Derita 2013-

Tuesday 17 December 2013

Kisah Di Sebalik Topeng 'Vendetta'



Sering kali mendengar nama panggilan kumpulan pengodam terkenal di dunia 'Anonymous' atau pernah menonton filem arahan James McTeigue, 'V for Vendetta'? Pasti ramai anda diluar sana tidak mengetahui kisah sebenar disebalik topeng yang penuh misteri ini,anda hanya tahu memakainya sahaja dengan menganggap ianya suatu trend. Kisahnya bermula pada 5 November 1605,yang mana sekumpulan pemuda telah pun bersatu dan berkomplot untuk membunuh Raja King James I dan anggota parlimen Inggeris pada ketika itu. Satu pelan telah dirancang iaitu dengan meletakkan setengah tan bahan peledak dibawah bangunan parlimen ketika hari persidangan. Tujuan mereka ialah untuk membunuh raja dan ahli parlimen untuk mengembalikan semula zaman kegemilangan sistem monarki Katolik dan melonggarkan pengaruh Sepanyol dalam segala urusan yang berlaku di England. Namun rancangan mereka gagal sama sekali apabila pihak berkuasa berjaya menghidu komplot tersebut,oleh itu Guy Fawkes bersama tujuh orang rakannya telah ditangkap sewaktu mereka sedang menyusun bahan letupan dibawah bangunan parlimen. Seorang hakim yang bernama John Popham telah didatangkan khas ke London untuk mengadili kes ini dan hasil perbicaraan kelapan lapan mereka disabitkan bersalah dan dijatuhkan hukuman mati. Hukuman mati yang dijatuhkan ke atas mereka sama sekali bersifat kekejaman dan tidak bersifat kemanusiaan apabila mereka digantung tetapi tidak dibiarkan mati. Kemudian perut mereka dikelar dan sebahagian isi perut dikeluarkan ketika mereka masih dalam keadaan bernyawa. Setelah itu tangan dan kaki mereka pula dipotong dan akhir sekali kepala mereka dipenggal. Setahun selepas kejadian keluarga diraja dan anggota parlimen mengadakan pesta besar besaran dan masih diteruskan sehingga ke hari ini dengan tujuan untuk mengingatkan bahawa pengkhianatan tidak pernah dilupakan di Inggeris.

*Terdapat Dua Puak
Puak yang menyokong pemerintahan beraja
Puak yang menyanjung keberanian Guy Fawkes dan rakan rakannya menetang penindasan

Guy Fawkes

Guy Fawkes dan rakan rakannya

Pengodam Utama Dunia 'Anonymous'

Filem 'V for Vendetta'

Karya Asal Oleh Majalah Infiniti dan Diolah Oleh Telaga Derita 
Sumber Gambar : Google
Tarikh & Masa: 17 Disember 2013 (4.59 Pagi)

Monday 16 December 2013

Mesir Dilanda Salji. Petanda Kiamat?


Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Hari ini aku nak bercerita berkaitan salji di Mesir dan kaitannya dengan kiamat. Baiklah seperti mana yang kecoh di laman sosial bahawa salji di Mesir merupakan petanda kiamat,beberapa orang telah pun bertanyakan kepada Ustaz Azhar Idrus berkaitan dengan soal ini. Ustaz Azhar Idrus atau lebih dikenali sebagai UAI telah pun menjawab bahawa salji yang turun di Mesir adalah rahmat dan tanda kebesaran Allah S.W.T. (Seperti mana yang telah disebarkan di laman Twitter oleh sesentengah pihak tetapi belum dikeluar secara terus oleh UAI didalam laman sosial Facebook dan Twitternya). Jika ingin bercerita tentang kiamat,sudah banyak tanda tanda kiamat yang berlaku di dunia ini cuma antara kita sedar,tidak sedar atau buat buat tidak menyedari apa yang berlaku dan setelah berlaku sesuatu yang amat ganjil barulah kita mengambil tempat dan berasa takut. Sebenarnya berasa takut sahaja tidak mencukupi jika kita tidak beramal dan melaksanakan tuntutan Allah kepada kita,disaat dalam ketakutan salji yang melanda masih ada individu yang tidak menutup aurat atau menutup aurat tetapi tidak sempurna,masih ada yang terus melakukan maksiat (berlawanan jantina keluar dan duduk berdua duaan di tempat gelap dan sunyi,couple,berzina dan sebagainya), masih ada yang lalai dengan dunia dan mementingkan keseronokkan dunia semata mata,masih ada yang tidak bersolat bahkan menunaikan zakat,masih ada yang tidak mempunyai keinginan untuk membaca Al-Quran sedangkan mereka mampu bersengkang mata demi menyiapkan tugasan kerana takut akan pensyarah dan guru tetapi mereka seolah olah tidak mengetahui bahawa Al Quran yang akan memberikan syafaat ke atas kita.usah sombong untuk berselawat ke atas Nabi junjungan kita Nabi Muhammad S.A.W. kerana Rasulullah turut akan memberikan syafaat kepada kita kelak pada hari perhitungan. Jadi,marilah kembali ke landasan menuju redha Allah agar kita ditempatkan dengan orang orang yang soleh dan soleha apabila ajal menjemput kelak. Diharapakan entri ini sedikit sebanyak mampu membuka minda anda semua agar kita bukan hanya takut tetapi merubah diri kita kearah lebih baik,masih belum terlambat,Allah sentiasa membuka pintu taubat buat hambanya. Wassalam.

Perkara Perkara Yang Di Highlight-kan Dalam Entri Di Atas 

1. Tidak Solat

2. Tidak Menutup Aurat

3. Menutup Aurat Tetapi Tidak Sempurna
- Tidak Berstoking
- Memakai Baju dan Seluar Yang Ketat
- Bertudung Tetapi Berbonggol Seperti Unta
- Tudung Tidak Menutup Dada
- Memakai Baju Berlengan Pendek

4. Maksiat
- Couple
- Berzina
- Keluar berdua duaan

5. Lalai Dengan Urusan Dunia
- Kerja Hingga Lupa Solat

6. Berfoya Foya

7. Tidak Membaca Al Quran

8. Tidak Berselawat Ke Atas Nabi


4 Alasan Yang Membuat Lelaki Memutuskan Hubungan Dengan Pasangannya..



Pasangannya Kuat Cemburu
Cemburu itu tanda cinta tapi jika anda terlalu berlebihan cemburu ianya akan mendatangkan kebosanan pada lelaki. Lebih lebih lagi saat dia bersembang dengan rakan perempuan,pasangannya akan cemburu dan ini akan menyebabkan dirinya rasa terkongkong dan terpenjara lalu mengambil keputusan untuk putus

Pasangannya Keras Kepala dan Tidak Mahu Mengalah
Lelaki tidak selamanya mahukan wanita yang lemah lembut tetapi mereka juga tidak mahukan wanita yang keras kepala dan tidak mahu mengalah ini kerana lelaki terkenal dengan egonya,sekiranya wanita turut tidak mahu mengalah ini akan mengakibatkan ego lelaki tercabar. Lelaki perlukan seorang wanita yang boleh memberikan kerjasama atau berkompromi dengannya.

Pasangan Tidak Menyukai Rakan atau Anggota Keluarganya 
Lelaki inginkan sebuah hubungan dimana wanita boleh mencintai dia dan menyukai rakan rakan dan keluarganya. Jika terang terangan wanita tersebut tidak menyukai antara rakan atau keluarganya ini akan membuat lelaki tidak selesa dan akan memilih rakan dan keluarganya terlebih dahulu. Ini amat berbeza dimana wanita kebiasaannya akan mengikut lelaki yang dicintainya tetapi lelaki tetap akan mengutamakan keluarga dan rakan meskipun dia mencintai wanita tersebut

Pasangannya Curang
Ini tidak perlu dinyatakan lagi,sekiranya lelaki sudah mulai perasan dan syak bahawa anda mencuranginya,dia tidak akan menunggu lama untuk memutuskan hubungan tersebut tanpa banyak soal.

Seri Sudah Memadai


Skuad Harimau Muda yang akan turun esok untuk perlawanan terakhir peringkat kumpulan hanya memerlukan keputusan seri untuk melayakkan mereka ke pusingan separuh akhir. Namun pastinya anak buah OKS tidak mahu terlalu awal bertemu seteru Asean mereka iaitu Thailand yang dilihat tidak punya masalah untuk mengungguli kumpulan B,mereka pastinya mengharapkan kemenangan untuk membolehkan mereka merampas tangga pertama daripada Singapura sekaligus akan bertemu Myanmar selaku tuan rumah.Pada perlawanan semalam skuad Harimau Muda hanya mampu mengutip satu mata apabila sekadar seri satu sama bertemu Singapura. Singapura yang mengamalkan taktik menyerang pada awal babak kedua berjaya membolosi pintu gol Harimau Muda pada minit ke-60 namun dua minit sebelum wisel penamat,Rozaimi berjaya menyelamatkan maruah negara dengan sepakan percumanya yang terus menerjah ke dalam gawang lawan.

LIVE Streaming (Harimau Muda vs Vietnam) Selasa 17/12/13 [5.00/5.30 Petang] :
RTM1 : KLIK DISINI
TV9 : KLIK DISINI

Sunday 15 December 2013

Pandangan dan Apa Yang Seorang Lelaki Mahukan Dari Wanita..


LELAKI

Assalamualaikum,bersua lagi kita dalam entry terbaru blog Petaka Melangit. Pasti ramai tertanya tanyakan,lain macam je bunyi entry kali ini. Hahaha.. Tidak,entry kali ini tidak sama sekali merujuk kepada hubungan sex atau yang berklasifikasi 18 tahun dan ke atas. Cuma entry kali ini adalah untuk menyenaraikan pandangan dan apa yang seorang lelaki mahukan dari wanita  :) Selamat Membaca ^_^

*Perkataan wanita yang digunakan adalah umum,turut boleh diguna pakai oleh gadis yang membacanya.

1. Lelaki sukakan seorang wanita yang menutup auratnya berbanding wanita yang tidak menutup aurat,bahkan bagi lelakit bukan Islam kebanyakkan lelaki daripada kaum India dan Cina akan memilih wanita yang sering mengenakan sari dan cheong sam kerana ianya dilihat lebih sopan.

2. Lelaki mahukan seorang wanita yang memahaminya tapi tidaklah 100%,ini kerana lelaki adalah makhluk Tuhan yang kerjanya tidak boleh ditumpukan pada satu sahaja. Oleh itu lelaki mahukan pasangannya memahaminya seperti tidak selalu call tidak selalu menghantar khidmat pesanan ringkas yang kadang kala akan menganggu emosinya sewaktu dia sedang melakukan sesuatu pekerjaan lalu akan mengurangkan rasa kasih pada pasangannya.

3. Lelaki juga mahukan seorang wanita yang kurang merajuk ini kerana lelaki tidak pandai dalam perihal ini,bahkan sekiranya pasangannya merajuk,lelaki hanya akan memujuk setakat ala kadar dan jika pasangannya terus merajuk,anda boleh menduga bahawa lelaki tersebut akan mulai fed up dengan pasangannya dan bermula dari saat itu sikapnya akan mula acuh tak acuh melayan karenah pasangannya.

4. Lelaki merupakan makhluk yang kerjanya penuh dengan memerhati gerak geri setiap orang,jika terdapat wanita yang berkata ' saya ni tak minat memasak ' .. ' ish,takdelah saya nak duduk rumah lepas kahwin ' .. ' saya ni dah mula tak suka dengan lelaki,mereka kejam '. Si wanita telah meletakkan suatu perkara di hati lelaki tersebut 'dia tidak layak jadi isteri aku',percayalah hal ini akan terjadi. Setiap lelaki yang telah membaca dan mendengar kata kata di atas mereka tidak akan pernah menaruh hati dan perasaan terhadap wanita tersebut.

5. Kebanyakkan lelaki lebih menyukai wanita kampung,ini kerana pada mereka secara amnya,wanita kampung seorang yang ringan tulang dan sesuai untuk dijadikan isteri kerana ianya akan membuatkan mereka merasakan sekiranya mereka berkahwin dengan wanita kampung itu adalah sebenar benarnya perkahwinan. Manakala pandangan mereka terhadap wanita bandar adalah seorang yang moden dan suka sosial akan tetapi lelaki akan memilih wanita bandar yang dimana mereka melihat bahawa wanita ini seoarang yang merendah diri serta penuh dengan adab dan tiada bezanya dengan gadis kampung.

6. Lelaki tidak suka sekiranya pasangan mereka menceritakan sesuatu tentang bekas teman lelaki mereka. Si lelaki akan mula hilang tumpuan dan tidak akan fokus 100% terhadap penceritaan tersebut dan akan seboleh bolehnya mengelak dari pasangannya terus bercerita hal tersebut dan sekiranya si wanita tidak sedar bahawa lelaki telah mulai bosan,lelaki akan dengan secara automatik mematikan perbualan tersebut seperti sekiranya sedang ber SMS maka si lelaki tidak akan membalas SMS tersebut dan sekiranya di luar,si lelaki akan mengajak pasangannya pulang. Ini disebabkan moodnya telah 'mati'.

7. Lelaki tidak dapat lari daripada egonya,jadi jangan sesekali cuba mempersoalkan tindakannya dan menjawab kata katanya dengan keegoan seorang wanita kerana anda sedang menghampiri suatu saat dimana si lelaki akan mulai membenci dan memberikan kata kata terakhirnya pada si wanita.

8. Lelaki akan meletakkan pasangannya di tempat kedua selepas hobinya,jadi jangan sesekali menghalang hobinya atau anda tidak akan berada langsung dalam listnya

9. Jangan memaksa seorang lelaki untuk jujur kerana setelah wanita memaksanya si lelaki akan meluahkan segalanya dan sekiranya perkataan yang keluar dari mulutnya menyakitkan dan melukakan hati si wanita,jangan sesekali menyalahkan lelaki kerana dia telah sedaya upaya untuk menjaga hati wanita tersebut dengan cara mendiamkan diri atau mengelakkan diri.

10. Ketahuilah bahawa lelaki jua punyai perasaan,usahlah si wanita menghentam lelaki di Facebook atau dimana mana media sosial kerana kami hanya memerhati dan jarang untuk menghentam kembali tetapi apabila suatu medium dibuka untuk kami menyuarakan keluhan,pastinya wanita akan gagal menepis sebarang kata kata dari mulut lelaki kerana kami telah puas bersabar dengan tomahan segelintir wanita,sekiranya anda seorang wanita yang membenci lelaki,bencilah pada individu yang anda benci bukan keseluruhan lelaki dan lelih lebih lagi jika anda menyuarakannya kerana kami memerhati ibarat sebuah belon yang menanti pecah apabila isiannya anginnya telah melepasi tahap maksima.

SEKIAN,

YANG BENAR
lelaki...
(LELAKI SELURUH DUNIA)

                                                                        Terima Kasih


Topik : Lelaki
Tarikh : 16 Disember 2013
Jam : 5.26 Pagi
Hak Cipta Terpelihara 2013 Petaka Melangit
Nukilan Telaga Derita.

Suami & Isteri


Assalamualaikum semua! Hai bertemu lagi kita,hari ini saya ingin menceritakan perihal tanggungjawab dan tugas yang dilakukan oleh suami dan isteri. Selamat Membaca :)

Suami :
1. Memimpin isteri ke jalan Allah
2. Mencari dan memberi nafkah zahir dan batin
3. Membantu isteri sekiranya mampu
4. Setia kepada isteri dan berikanlah kasih sayang secukupnya walaupun berpoligami
5. Pertahankan hak isteri
6. Jangan menjadi dayus

Isteri :
1. Mengikut suami mencari redha Allah
2. Berhias untuk suami
3. Mengembirakan hati suami
4. Mempertahankan hak suami dan menutup aibnya
5. Memasak untuk suami
6. Melahirkan zuriat untuk suami
7. Tidak mengkhianati suami atau melawan kata kata suami
8. Tidak mengecewakan suami terutama dalam urusan batin
9. Tidak menjerumuskan suami ke neraka (sebagai contoh tidak menutup aurat)

*Sebenarnya banyak lagi perihal tugas dan tanggungjawab suami dan isteri namun ini adalah sekadar apa yang saya ketahui :) Terima kasih kerana sudi membaca ^_^