Thursday, 26 September 2013

Memandang Dengan Sebelah Mata Sahaja.. Part 2


Assalamualaikum.. berjumpa lagi kita sekali lagi pada hari Jumaat yang mulia ini. Ha oklah intro tak perlulah nak panjang panjang kan.. apa apa pun enjoy dengan entri kali ni dan moga moga ada pengisiannya,InsyaAllah..


                                          Baiklah aku mulakan dengan 'AURAT' seperti yang kita sudah pun ketahui,aurat perempuan/wanita adalah keseluruhan tubuh badan kecuali muka dan tapak tangan manakala lelaki pula dari pusat hingga ke lutut. Kita mulakan dengan perempuan/wanita lah,mudah sikit.. nampaknya hari ni makin ramai anak gadis dah mula bertudung akan tetapi mereka menganggap bahawa tudung itu sudah mencukupi menutupi aurat.. baju kenalah ikut trend.. trendlah sangat! trend kebendanya kalau lengan pun atas dari siku sedangkan yang sepatutnya sampai ke pergelangan tangan.. baju ketat.. anda sudah tahu bahawa tubuh anda ada bentuk yang tersendiri,tidak perlulah diperkatakan lagi. Apabila anda mengenakan pakaian yang ketat pasti dada anda akan lebih kehadapan dari segi pandangannya. adakah anda tidak malu ? atau sedang berbangga menayangkan body anda untuk tatapan umum? bukankah yang ketat itu lebih menyukarkan kita untuk bergerak tapi tidak bagi kebanyakkan anak gadis pada masa kini.. jangan kata anak gadis.. mak gadis pun ada yang sama.. baguslah menaikkan saham dosa bapa/suami dan juga anak lelaki.. itukan yang kamu mahu?  Seluar pula,ala ala macam zaman mat rockers dulu dulu tapi itu lelaki kamu pula adalah wanita.. maaflah kata kalau bentuk depan dan belakang boleh dilihat seolah olah anda sedang bertelanjang cuma warna seluar tersebut yang membezakan.. kalau boleh nak pakai lagi ketat.. sampai koyak agaknya yang dimahukan.. kaki juga adalah aurat,berstokinglah anda wahai kaum hawa jangan sampai kita tidak endahkan kaki kamu itu, ianya juga perlu ditutup pakailah yang tebal sedikit agar memenuhi syariat yang dah ditentukan.. jadi aku syorkan perempuan/wanita zaman kini pakailah jubah yang besar dari saiz kita.. kalau anda saiz S beli L . Pastikan ianya tidak jarang dan nipis.. beli yang agak tebal lagi sempoi! Panas sedikit takpe,jangan panas banyak di neraka nanti.. masa tu dah takde guna dah. Ok kita bergerak kepada lelaki pula, ok my geng aurat kita tak lah banyak antara pusat dan lutut sahaja namun itu pun masih ada yang susah nak jaga.. main bola main ragbi main badminton main apa jenis sukan jelah mesti nak pakai seluar pendek atas lutut. Apa ke hei nye yeop? tak faham bahasa ke buat buat tak faham? katanya 'mudah nak bergerak',abis tu seluar track yang panjang tu kan jenis getah.. fleksibel jugakkan? 'pakai seluar tight yang lebih lutut pun bolehkan' sambungnya lagi .. yup memanglah boleh tapi kalau dah seluar had peha je yang selebihnya ditutupi oleh tight ianya makhruh kata UAI sebab menampakkan bentuk aurat kepada orang lain (bagi lelaki- lelaki sahaja) dan  lagi satu,gemar sungguh bukak baju lepas dah berpeluh,lebih lebih lagi selepas bersukan,depan ramai ramai lak tu.. nak tayang body yang sasa lah konon tapi pusat dah terlihat.. apalagi top up dosa lah gamaknya. Kesian sungguhkan free free je dapat dosa,sedangkan kalau tak buka baju tu dikhalayak ramai tak mati pun bahkan takkan effect apa apa,boleh tuju ke bilik mandi untuk buka baju dan sekaligus membersihkan diri kan kan kan .. Jadi kepada lelaki dan perempuan/wanita diluar sana : Ingat! "TUTUP Aurat BUKAN BALUT Aurat"
 
                                   Hentaman,baiklah hentaman yang dimaksudkan bukanlah memukul seseorang tapi kata kata cacian yang kita lemparkan pada orang lain. Hentaman pada masa kini lebih kepada media sosial,bila seseorang itu melakukan kesalahan.. ada individu yang akan secreen capture,tak kisahlah gambar ke kata kata ke.. lalu diuploadkan ke tempat yang lain maka akan hadirlah beberapa juri jemputan untuk memberikan hentaman mereka.. sedarkah kita? kita sepatutnya menasihati bukannya menghentam,dan menasihati juga bukannya melalui kata kata yang lemparkan terus pada individu tersebut semasa berada dikhalayak ramai,itu bukan nasihat,itu mengaibkan dia.. cuba kita yang mengenali individu ini bawa lah dia ke suatu tempat dan anda nasihatkan dia secara bertentangan mata,bukankah lebih baik? terima atau tidak itu belakang cerita yang penting anda tidak mengaibkan dia. Takut takut apa dia lakukan itu akan dilakukan oleh anak cucu kita nanti. Disebabkan kita pernah mengaibkan individu tersebut maka apabila kesilapan tersebut dilakukan oleh anak cucu kita nanti pasti dia akan diaibkan juga. Selain menghentam ada juga yang mengumpat,baguslah makanlah daging saudaramu sendiri. Tidak perlu untuk menyebarkan keburukkan orang lain kepada orang lain lalu akan menjadi buah mulut orang ramai,setiap kali orang memburukkan individu tadi, orang yang memburukkan itu dapat dosa bahkan yang mula mula memperkatakan juga dapat dosa. ha dah macam MLM kan.. kalau duit takpe jugak ini dosa.. jadi jangan kita mengaibkan orang lain,mungkin pada pandangan kita itu cara kita membencinya tapi cara kita sudah salah,setiap manusia tak lari dari kesilapan atau melakukan keburukkan tetapi orang disekelilingnya haruslah menasihati bukan mencaci agar dia akan bertaubat dan mendekati kita semua dan akan berubah ke arah kebaikan bukannya makin menjauh dan menyimpang :)
                                   
                                  Yang terakhir adalah kepada mereka yang celik dalam keagamaan,apabila kamu menasihati seseorang yang mungkin jahil atau kurang fahaman agamanya,gunakalah kata kata yang elok kerana itulah cara untuk menarik orang mendekati agama,elakkan menggunakan perkataan "bodoh" sebab siapalah kita hendak melabelkan seseorang itu "bodoh" ? Syurga jua belum tentu milik kita walaupun kita celik dalam agama kerana Syaitan akan terus mengoda,yang celik agama juga boleh tergelincir dari landasan dan mungkin yang jahil hari ini akan menjadi orang yang lebih hebat dari pengajarnya.. Semuanya telah ditulis,kita yang harus berusaha mendapatkannya.

Baiklah selesai sudah entri "Memandang Dengan Sebelah Mata Sahaja" diharapkan anda semua dapat sedikit input dan terhibur dengan apa yang telah aku taip dalam entri ni dan jika ada sebarang kekasaran kata mahupun kesilapan bicara harap dimaafkan dan pada yang belum membaca "Part 1" boleh lah klik pada link ini --> http://petakamelangit.blogspot.com/2013/09/memandang-dengan-sebelah-mata-sahaja.html Sekian Terima Kasih :)

No comments:

Post a Comment