Saturday, 21 September 2013

Memandang Dengan Sebelah Mata Sahaja.. Part 1


Assalamualaikum semua,ha lama dah tulis apa apa dalam blog aku ni :3 Oklah hari ni tajuknya 'Memandang Dengan Sebelah Mata Sahaja'. Entry ni bukan nak cari kelemahan mana mana pihak cuma nak ajak kita semua berfikir sebentar. Jika ada kekhilafan,harap dimaafkan. Selamat Membaca..

Yang pertama aku nak sebut pasal couple lah kan,mesti yang baca ni pun ada bf/gf .. betul tak? xpe,tak perlu ngaku.. tak de benda yang nak dibanggakan dengan perbutan mendekati zina ni.. Yup betul Couple kalau dikaji betul bermaksud dua atau berdua duaan,seperti mana yang pernah aku dengar Ustaz Azhar Idrus berkata,kalau tak pernah jumpa tu bukan couple namanya. Ok mesti ramai yang tersenyum lebar kan? Saya ada pakwe,tapi pakwe saya jauh.. saya di Thailand dia di Bangladesh. Kira tak couple lah kan? kan? kan? memang dalam situasi ni tak boleh nak disebut couple sebab masing2 jauh tapi pernah terfikir tak? kita seperti meletakkan diri kita di tengah tengah lautan yang deras? Sayang? Anje? Baby? Mama? Papa? -_- mungkin yang tengah melaluinya tak kesah menyebutnya tapi pada yang menyolo.. bunyinye agak geli.. betul tak? haha.. tapi siang malam korang contact,korang bermsg,korang berjanji sumpah setia.. bukankah korang dah memberi harapan dan juga berlaku zina hati disitu? agak agak yang call pakwe tu? korang cakap mesti lemah gemalai kan.. love you bagai semua keluar.. sedarkah korang bahawa mana tau syahwat si pakwe tu sedang menaik ? merangsang syahwat seseorang itu berdosa tau tak? korang yang cari nahas kan..

Yang kedua call.. zaman sekarang yang single or couple dah jadikan ini macam trend dah.. malam2 bosan mulalah taip kat muka buku 'sesiapa nak call kita xmalam nie? tak kisahlah lelaki ke perempuan ke.. kita tgh bosan nie' Oklah.. mungkin sekadar percakapan antara dua kawan.. tapi kalau lelaki dan perempuan dah mula bercakap berduakan,nak nak suara awek tu sedap,mesti automatik ada yang tanya 'awak dah berpunya ke?' dia tanya je.. kalau awek tu kata dah.. sure frust mamat tu.. tp cubelah kita isi masa yang bosan tu ngan perkara berfaedah,untuk apa call yang bukan mahram? untuk suka2 untuk hilang bosan? malam2 call tak malu ke? tak segan ke? anak dara seolah seronok suaranya didengari orang.. orang dulu.. takde telefon.. okay xboleh nak call2 tp apa mereka sudah diajar.. bila ada orang lelaki datang,masuk bilik.. jangan bercakap dengan orang lelaki yang tak tentu halanya,jangan bergaul mesra dengan yang bukan mahram.. mahalkan suara anda..bukan bosan je jual bosan je jual.. mungkin suara boleh jadi permulaan kepada sesuatu yang lebih ..

Yang Ketiga,membenci dan melabelkan jantina yang berlawanan sebagai 'kejam' atau 'tak guna' . Biasalah adat bercinta ada yang akan putus,sedangkan yang kahwin boleh bercerai.. tapi terfikirkan korang bila korang membenci jantina yang berlawanan diaorg juga yang akan menyempurnakan hari korang dikemudian hari.. sudah tentulah dengan orang yang lain..tak kan nak kahwin ngan ex korang yang korang benci kan.. tapi tak mustahil kan :) bila korang kata "SEMUA" ianya akan menguris hati yang lain,yang lelaki kata semua perempuan tak guna .. mak,kakak,nenek korang tu lelaki ke? yang perempuan kata semua lelaki sama je,kalau tak mainkan hati perempuan tak sah.. ayah korang masih sayangkan mak korang kan? abang jaga korang baik2 kan.. ada dia biarkan adik perempuan dia dikacau? tak kan? jadi tak semua ok tp orang yang menyakiti korang tu yang patut korang labelkan.. kalau tulis kat FB.. tag je nama ex yang korang benci sangat tu ..

Ini yang keempat dan last untuk part 1.. pasal bergambar.. 'weh kau tgk couple tu bergambar.. tak tau haram ke ? macam jahanam je perangai..' abis tu ada yang bertunang ambik gambar tu.. xnak sound? siap kata 'wah cantik/hensem tunang kau' .. err.. tlglah bukak mata sikit.. yang berkawan pun sama ada juga yang mengambil gambar berdua kononnya sebagai kenangan.. nak kenangan ambik sekelas kenapa mesti berdua? dosa juga bergambar dengan bukan mahram.. boleh menimbulkan fitnah orang.. ambik gambar pun rapat2.. kalau jarak 100 meter tak kisah.. jadi jika pandangan korang pada couple yang gambar berdua korang hentam,begitu juga korang kena buat kepada tunang dan juga kawan2 yang bergambar lelaki perempuan berdua sahaja (bukan mahram).

Oklah sampai situ sahaja untuk entri 'Memandang Dengan Sebelah Mata Sahaja Part 1' Bukan mencari kelemahan sesiapa cuma ajak anda berfikir :) 

No comments:

Post a Comment