Monday, 22 April 2013

Perjanjian Berdarah

Assalamualaikum,Salam Sejahtera dan Salam 1 Malaysia Kepada Semua Pembaca Blog Petaka Melangit,Saya Selaku Penulis Cerita Ini Memohon Maaf Sekiranya Jalan Cerita Yang Akan Dibaca Oleh Anda Semua Sebentar Lagi Ada Bersangkut Paut Dengan Kehidupan Anda Sekalian. Semua Nama Yang Digunakan Tidak Ada Kena Mengena Dengan Yang Hidup Mahupun Yang Telah Meninggal Dunia.


                   
"Siti,telah lama saya pendamkan perasaan ini namun baru kini dapat saya luahkan pada awak,Siti Nur Amiratul Binti Abdullah sudikah awak menjadi isteri saya?" itulah luahan hati Zamrul kepada Siti yang telah lama diimpikan olehnya untuk menjadi pendamping hidupnya. "Zam,bukannya saya menolak tetapi saya rasa ini bukanlah masa yang sesuai lagipun hati saya dah mula terpaut dengan Arman,saya tahu kita dah lama berkawan tetapi saya tidak pernah menggangap awak lebih dari itu,hanya seorang kawan Zam,saya harap awak faham" Siti berlalu pergi tanpa menghiraukan panggilan Zamrul,Walaupun dia berlalu begitu sahaja namun dihatinya mula sebak dan titisan air mata mulai menyetuh pipinya kerna dia tahu perkara yang berlaku pada hari ini akan merosakkan hubungan mereka sebagai seorang rakan karib. Setelah beberapa minit kelibat Siti mulai hilang. "Hah! tak guna punya perempuan selama ni aku ingat kau rapat dengan aku,kau buat aku sukakan kau itu bermakna kau jugak sukakan aku tapi ini balasan kau terhadap kebaikan yang aku taburkan kepada kau! kenapa mesti Arman yang kau suka,kenapa bukan aku! aku lebih baik dan berharta daripada dia! kenapa Siti kenapa!!!" kata kata yang keluar dari mulut Zamrul seperti orang kehilangan akal dan menjerit seperti iman sudah tiada di dalam hatinya. "Kau tunggu Siti,aku akan dapatkan jugak kau nanti jika bukan hati dan perasaan kau,jasad kau pun jadilah yang penting kau dan Arman tidak akan bersatu!" bisikkan hati Zamrul yang mula dikuasai nafsu serta iblis dan syaitan.
                    "Tok oh Tok" Zamrul memanggil manggil Tok Sukarno yang merupakan pengamal ilmu hitam di kampung tempat tinggal Zamrul,semua orang yang datang ke rumah Tok Sukarno kebanyakkannya orang orang sakit dan juga ahli korporat yang ingin memenangi projek projek yang besar. Beberapa minit kemudian pintu rumah Tok Sukarno dibuka oleh anaknya iaitu Arshad "Masuklah,Tok ada di ruang tamu" kata Arshad setelah itu,Zamrul mengangguk angguk tanda memahami keberadaan Tok Sukarno. "Ya,ada apa kamu kemari wahai anak muda" suara yang menusuk telinga Zamrul sebaik sahaja dia mendekati Tok Sukarno dari belakang. "Saya err.. saya.. err saya nak mintak tolong dengan tok ni" kata Zamrul tergagap gagap. "Apa pertolongan yang ingin kamu minta daripada ku itu jika dapat ku tunaikan akan ku bantu mu wahai anak muda" sambung Tok Sukarno. Lalu Zamrul menceritakan kejadian siang tadi kepada Tok Sukarno, lalu Tok Sukarno bersuara " Jadi kau mahukan minyak pengasih wahai anak muda?". "Tidak Tok,saya tidak mahukan minyak pengasih kerana saya tidak mahu dia sukakan saya kerana minyak itu" jawab Zamrul. "Jadi apa mahu mu?" soal Tok Sukarno. "Saya mahu lihat dia mati Tok!" terpancul kata kata sedemikian daripada mulut sambil disusuli tawa kecil kejahatan di wajah Zamrul. "Baiklah jika itu mahu mu,akan ku beri kan kau pendamping yang akan membantu mu membunuh dia" kata Tok Sukarno sambil menghulurkan satu bungkusan putih yang berisi darah ayam jantan dan beras kuning. "Ambil bungkusan ini,pada tepat jam 12 tengah malam nanti kau asapkan bungkusan ini lalu kau letakkan pada gambar dia lalu kau toreh sedikit jari manis kau dan titiskan tiga titik darah dalam kemenyan lalu kau asapkan kembali dan ulangi sebanyak tiga kali" Tok Sukarno menyambung kata katanya dan memberi kata arahan kepada Zamrul apa yang patut dilakukan oleh Zamrul. Zamrul mengambil bungkusan tersebut lalu berterima kasih kepada Tok Sukarno lalu dihulurkan olehnya RM300 sebagai pengeras.
                  Tepat jam 12 tengah malam maka Zamrul memulakan upacara seperti yang diberitahu oleh Tok Sukarno. Setelah selesai dan sempurna upacara tersebut,bungkusan putih tersebut ghaib dari pandangan Zamrul,agak ketakutan Zamrul pada ketika itu namun dia tidak lagi pedulikan semua itu apa yang dia mahu agar Siti mati dan Arman tidak akan dapat memiliki Siti.
                 "Allahuakhbar! tolong! tolong! jangan ganggu aku!! aku tak kacau korang!" jerit Siti dengan wajahnya mula dibasahi peluh ketakutan sambil mulutnya terkumat kamit membaca ayat ayat suci Al-Quran meskipun tidak lancar bacaannya. Lima lembaga wanita berkuku tajam,berambut panjang,berbaju koyak,tidak berkaki dan mata kemerah merahan mengelilingi Siti yang masih di atas katil,pada waktu itu jam sudah menunjukkan detik 12.30 minit tengah malam,kedengaran sayu sayu angin dan suara lembaga lembaga tersebut memanggil nama Siti. Siti lemah dan semakin lemah,dia tidak berdaya melawan ketakutan yang menyelubungi dirinya. Akhirnya lembaga lembaga itu mula memegang kepalanya,kedua belah tangannya dan kedua belah kakinya,dalam satu ngilaian lembaga lembaga tersebut merentap kesemua anggota badan Siti,maka terputuslah nyawa yang dikandung jasad Siti selama ini,terjengil mata Siti yang masih ada bersama kepalanya yang telah putus dari badannya. Lembaga lembaga itu rakus,seperti singa yang mencarik carik serpihan daging rusa,habis koyak daging dan terpercik darah Siti di merata kawasan biliknya seperti kolam yang dipenuhi darah,isi perutnya yang terburai menjadi santapan lembaga lembaga tersebut,tidak kelihatan lagi jasad Siti melainkan kaki dan tangannya yang terkoyak dibiarkan bergelimpangan di atas katil. Hatinya juga tidak dimakan oleh lembaga lembaga tersebut namun lembaga lembaga hodoh itu menyerahkan hati Siti kepada Zamrul untuk dimakan oleh Zamrul sendiri,Zamrul mengunyah nguyah hati Siti seolah olah dia sedang bersantapkan hati ayam,namun hati Siti ini harus dimakan mentah mentah,tiada apa yang dapat menghalang Zamrul dari terus mengunyah hati Siti kerana telinga Zamrul sedang dihasut oleh lembaga lembaga tersebut "Makan Zamrul makan... nanti hati Siti akan bersatu dengan kau..kau jangan risau Siti tak akan dimiliki oleh Arman kerana sekarang dia milik kau Zamrul..Milik kau~" sayup sayup suara nyaring lembaga lembaga itu yang menusuk masuk ke rongga telinga Zamrul. "Hahaha!!! Siti dah jadi milik aku! milik aku sorang! tak ada orang lain dah yang boleh memiliki Siti! Hati dia dah jadi milik aku! Hanya aku! aku! aku! aku!!!!" jeritan bersama gelak tawa Zamrul kuat kedengaran sehingga ke halaman luar rumahnya,gelak tawa Zamrul juga diselangi ngilaian lembaga lembaga hodoh itu. Zamrul puas hingga dia terlena dan mulutnya dihiasi dengan darah.
                 Jam 4.30 pagi Zamrul terjaga dari lenanya kerana dia seperti dikejutkan seseorang,"hah! Siapa yang menepuk nepuk tangan aku ni! menganggu saja aku nak tidur!" marah Zamrul keseorangan. "Zam ~ bangun Zam... Ini Siti Zam,Siti rindukan Zam..bangun Zam bangun" suara itu terus membuatkan Zamrul tersentak dan terus segar dari lenanya itu. "Siti? Siti sayang Zam? Siti datang kat Zam? Siti nak kahwin dengan Zam tak?" tanya Zamrul kepada makhluk yang merupai Siti itu dengan tangisan kegembiraan mengalir di pipinya dan kelihatan seperti orang kehilangan akal. "mestilah Siti nak,tapi macam mana kita nak kahwin Zam,kita dah berlainan dunia" ujar makhluk itu lagi. "Siti! Zam sanggup buat apa saja janji kita dapat kahwin Siti,tolong Siti tolong,beritahu Zam apa yang perlu Zam lakukan janji kita bersatu Siti" Zam mulai hilang kewarasan akibat cintanya yang mendalam terhadap Siti,dia tidak sedar bahawa Siti sudah tiada di dunia ini. "Satu je caranya Zam,Zam kenalah mati dulu,barulah kita boleh bersatu,Zam nak kahwin dengan Siti kan? Cepatlah mati nanti dapatlah kita berkahwin :)" Makhluk itu terus berkata kata dan memperdaya Zamrul lalu Zamrul segera berdiri dan menuju ke arah dapur,dia mencari pisau agar dapat menikam diri dirinya,namun gagal tetapi alangkah bijaknya syaitan mempermainkan manusia,dialihkan pandangan Zamrul ke arah sebuah gergaji elektrik di atas meja makan maka tersenyumlah Zamrul seketika kerana gergaji itulah yang akan membuatnya bersatu dengan Siti sentar lagi,maka dihidupkan gergaji elektrik itu oleh Zamrul lalu dia terus mengacukan ke arah perut,berterbangan dan bertaburan isi perut Zamrul memenuhi ruang dapurnya "kau bodoh Zamrul! kau bodoh! kau senang diperbodohkan! Bodoh kau Zamrul!! Hahaha!!!" gelak tawa ngilaian makhluk yang merupai Siti itu sambil dalam beberapa kerdipan mata ianya kembali menjadi lembaga lembaga hodoh yang telah membunuh Siti sebelum ini. Zamrul mati dengan sia sia,kerana cinta akhirnya dia dan Siti terkorban bersama,Siti mungkin akan ke syurga tetapi Zamrul akan dihumban ke neraka jahanam kerana bersekutu bersama iblis dan syaitan. Sisa sisa jasad Zamrul yang hancur dikerjakan gergasi eletrik itu menjadi santapan buat kedua kalinya bagi lembaga lembaga hodoh itu.
                Tangan dan kaki Siti disemadikan keesokkan harinya setelah jiran sebelah rumahnya terbau akan bau mayat lalu terus menelefon pihak polis,setelah itu pihak polis tiba dan memecahkan pintu rumah Siti kerana tiada jawapan dari dalam rumah setelah bertalu talu pihak polis memberikan salam. Pihak polis masuk ke dalam rumah Siti, bau busuk mula menusuk ke dalam hidung mereka lalu mereka menjejaki bau tersebut menggunakan anjing pengesan sehinggalah anjing tersebut membawa mereka semua ke sebuah bilik,tergamam seketika pihak polis apabila membuka pintu bilik tersebut kerana melihat bilik tersebut dipenuhi percikan darah bersama tangan dan kaki yang terbiarkan di atas katil. Setelah dibawa ke unit forensik serta dibedah siasat dan dikenalpasti oleh pihak forensik bahawa memang benar kaki dan tangan itu milik Siti namun mereka gagal mencari bukti untuk mencari suspek pembunuhan dan kes Siti diklasifikasikan sebagai kematian misteri manakala mayat Zamrul masih berada didalam rumahnya namun bukan dengan jasadnya yang sempurna, cuma kedua dua matanya sahaja dibiarkan diatas meja makan manakala tiada sisa tubuh Zamrul lagi kerana sudah habis menjadi santapan kerakusan oleh lembaga lembaga hodoh tersebut.


'Jadi beringatlah wahai teman teman bahawa jangan kerana mahukan cinta seseorang kita sanggup menduakan/mensyirikkan Allah S.W.T. kerana percayalah bahawa hidup kamu tidak akan tenang dan akan menjadi terus terusan menjadi hamba serta mangsa Iblis dan Syaitan'

No comments:

Post a Comment