Wednesday, 16 January 2013

Mengapakah Harus Memberi Harapan Sedangkan Ianya Palsu?

Assalamualaikum :) Entry aku hari nie pasal Hati dan Harapan... Harapan? ianya kata kata yang menyerupai janji tapi untuk mengelakkan memungkiri janji,seseorang itu meletakkan harapan. Aku,Harapan dan Hati nie dah macam kawan baik dah. Aku selalu diberi harapan tetapi harapan itu sering menyakitkan aku dikemudian hari. Ya,aku memang tak suka berdendam lebih lebih lagi dengan perempuan,sesungguhnya aku respect Kaum Hawa ini. Tetapi kalau ada yang aku ada terbuat korang selaku orang perempuan merasa sakit hati. Maafkanlah aku,aku mungkin tidak dapat mengawal perasaan aku pada waktu itu. Aku harap korang maafkan ye :)

Sebenarnya aku nak cerita kisah aku, aku dah jatuh hati pada seorang gadis yang aku sendiri tidak pernah menemui dia,tapi kenapalah aku suka akan dia? aku pun tak faham... kitaorang selalu bermesej .. dan setiap mesej itu membuatkan aku gembira kerana setiap mesej dia memberikan aku harapan yang suatu hari nanti aku dapat hidup bersama nya... namun segalanya tinggal harapan apabila dia mesej aku dan berkata " awak,maafkan saya jika perlakuan saya buat awak TERSUKA akan saya,saya memang friendly,saya anggap awak kawan baik saya je" ok kata kata tu dah cukup menoktahkan harapan aku pada dia.. tapi mengapa dia pernah berkata yang lagi empat tahun dia ingin menemui ku? adakah pada masa itu dia ingin menyakitkan hati aku apabila dia sudah ada pasangannya sendiri? atau pada masa itu dia ingin membuatkan aku seperti orang yang tidak kenal erti taraf antara aku dan dia sehingga aku jatuh hati padanya? atau pada masa itu dia ingin membuat aku berasa serba salah di mana ketika itu MUNGKIN aku telah mempunyai pasangan ku sendiri dan pada waktu itu putik cinta aku pada dia mulai mekar kembali dan itu pastinya akan menyakitkan hati pasangan aku...aku harap waktu itu tidak akan tiba kerna aku tidak sanggup,aku bukannya orang yang tidak berperasaan,kata kata aku mungkin selalu diselangi gurauan tetapi aku juga manusia,aku ada hati aku sendiri yang dipinjamkan oleh Allah S.W.T. Setelah dia kata kami hanya kawan baik,hati aku mulai luntur semangatnya,dia mesej aku lagi semalam tetapi aku tak membalasnya kerana aku tidak mahu lagi menaruh harapan,tapi apa kan daya,aku tak kuat. Pagi tadi aku balas "Maaf awak,semalam saya tidur awal dan saya silentkan handphone saya" .. kenapa lah aku tak dapat tahan diri aku dari mesej dia? erm.. mungkin aku perlukan masa untuk melupakan dia,mungkin aku perlu mencari diri aku yang sebenarnya,mungkin jika perlu aku akan menghilangkan diri tanpa jejak,tiada siapa yang dapat menghubungi aku sehinggalah aku kenal diri aku yang sebenarnya dan melupakan dia ... Aku harap selepas ini tiada lagi gadis yang memberikan aku harapan,harapan korang ibarat membunuh hati aku dalam diam.. dan kini aku merasakan cinta itu kejam terhadap aku,aku mahu menutup pintu hati aku tapi berjaya kah aku? Aku harap pengajaran dalam bercinta memberikan aku kekuatan untuk aku menutup pintu hati aku kali ini sehinggalah ianya berjaya dibuka oleh seseorang yang bergelar ISTERI kepada aku suatu hari nanti,InsyaAllah... Isteri,seseorang wanita yang sah menjadi milik aku,dan kata katanya harapan yang tidak mungkin dia mungkiri... terus terang aku kata cukuplah kali ini hati aku benar benar sudah mati..untuk melihat aku tersenyum itu masih boleh tetapi untuk melihat aku bercinta itu mungkin tidak sehinggalah ada yang mampu membuka pintu hati aku kembali untuk menerima cinta yang suci dan luhur... Harapan musnah,Jiwa Punah,Hidup Susah,Anggota Lemah,Tidak Menemui Arah ... Sekian

 * Pada Awak,Saya Harap Awak Bahagia Bersama Orang Lain. Taraf kita Cukup Berbeza,Awak Anak Orang Kaya dan Saya Hanya Anak Orang Biasa,Saya Sedar Semua Itu,Maafkan Segala kekasaran Bahasa Saya,Terima Kasih Atas Harapan Awak Walaupun Ianya Tinggal Harapan,Saya Tak Menyalahkan Awak Kerana Awak Berhak Memilih :')

 #Sorry kalau korang pening baca entry aku nie,tapi harap korang paham ok. Thanks membaca ye... :D

4 comments:

  1. Mencintai orang dlm diam tu lebih baik sbb kita dapat tahan nafsu hati kita... ^_<

    Be strong!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu betul :) Tapi mungkin lepas ni saya serik kot..tidak akan mencintai lagi wanita tetapi cuba mencintai orang yang mencintai saya,itu lebih baik kan :D

      Delete