Thursday, 17 January 2013

Jahat?



Assalamualaikum... entry kali ni ganas sikit tajuknya tapi pengisian InsyaAllah tidak seperti tajuknya. Jahat satu istilah yang cukup terkenal untuk mereka yang melakukan jenayah,tetapi pernah ke kita berfikir kenapa mereka menjadi jahat? tiada perkara yang terjadi tanpa sebab,betul tak? tapi bukan itu yang mahu aku ceritakan. Aku nak kongsi tentang suatu perkara,di Sekolah aku memang semua pelajarnya terdiri daripada lelaki,hampir setiap hari kitaorang mendengar kata kata daripada cikgu kitaorg tentang menjaga hati perempuan kerana kitaorang semua lelaki,cakap dengan kawan kawan pun pakai hentam je sebab lelaki dengan lelaki,jadi cikgu kitaorg tidak mahu kitaorg bertutur dengan perempuan sebegitu rupa,kerana mungkin kata seperti itu mampu menguris hati mereka walaupun bagi kitaorg ianya hanya gurauan. OK kitaorang memahaminya dan cuba mempraktikkannya,tetapi kebanyakkan daripada kawan - kawan aku hanya berani bersembang dengan perempuan melalui chatting dan mesej,kitaorang tidak berani untuk berbual menerusi telefon atau berjumpa secara berdepan begitu juga aku,tetapi walau begitu cara kitaorang ada juga diantara kitaorang yang sudah mempunyai pasangan,namun biasalah kitaorang ditinggalkan begitu sahaja. Kitaorang menantang diaorang bagai minyak yang penuh tetapi kitaorang dilakukan seperti bola sepak,ditendang ke sana kemari,digunakan apabila perlu atau bosan,dilupakan apabila tiada kegunaannya dan dibuang apabila sudah tidak menyukainya atau terlihat kecacatan pada bola itu. Kadang kadang aku berfikir,apa sebenar yang perempuan mahukan? mahukan wang? memang kitaorang tidak mampu...mahukan hadiah? apakah hadiahnya? jika mahal tidaklah dapat kami menunaikan.. terfikir juga seperti hati lelaki ini dianggap seperti batu...dihina,dicaci,ditipu,dibuat seperti permainan oleh perempuan kami masih mampu mengukir senyuman... Adakah mereka mahu kami semua menjadi Jahat atau menjadi "Playboy" yang mempunyai dua tiga orang kekasih dalam satu masa dan melukai hati perempuan tanpa belas kasihan? erm.. tapi aku tidak mahu mendengar hasutan syaitan, aku tidak mahu melukakan hati perempuan tapi jika ada tu aku mohon maaf... aku percaya kalau aku baik pasti Allah akan kurniakan aku wanita yang baik untuk menjadi pedamping aku kelak,InsyaAllah :D Tapi aku selalu tertanya tanya,adakah hanya lelaki yang harus menjaga hati perempuan sedangkan hati lelaki tiada siapa yang ambil kisah? Ingatlah,Walaupun hati lelaki itu dilukai,dia masih mampu tersenyum tetapi di dalam hatinya pedih yang tidak tertanggung dirasakan. Aku bercerita kerana aku pernah merasainya.....

#Tetapi apa apa pun aku tetap respect dengan perempuan dan aku berharap lelaki lain jua begitu,jagalah kurniakan Allah yang lemah ini,kita sebagai Lelaki lindungilah mereka,biar kita ditusuk mata pedang asalkan mereka terselamat dan tidak terkena mahupun sedikit angin angin laluan tusukan pedang itu,apatah lagi tertimbus mata pedang di tubuh mereka :)



Wanita bukan untuk disakiti,wanita bukan untuk dihina dan dimaki,wanita jua bukan tempat pemuas nafsu diri sendiri,wanita juga bukan untuk diusung kesana kemari tetapi wanita perlu disayangi,dijaga dan dinikahi serta berilah kasih sayang yang mencukupi dan jangan sesekali dilafazkan cerai talak pada si Isteri walau membaranya api kemarahan di dalam hati.

No comments:

Post a Comment