Hidup Ini Umpama Kilat Dari Langit Apabila Ianya Menyambar Tepat Maka Itulah Habuannya Tetapi Jika Salah Sambarannya Maka Celakalah Ia...
Thursday, 3 January 2013
Group Yang Menceriakan Hidup Aku
Assalamualaikum... hari nie entry pasal group2 di facebook pulak ye... Dalam Facebook aku,aku ada banyak group tapi yang aku paling aktif kat dua group nie je (rujuk gambar) :D
BATCH 1995
Group yang ditubuhkan oleh sedara kita nie --> Taiko Dato ... member dalam group ni memang ramai,mencecah hampir 10 ribu... dahsyat tak dahsyat Taiko invite member masuk dalam group ni,dan sebenarnya ramai jugak yang request nak masuk dalam group ni...Aaron Aziz pun dalam senarai menunggu tapi dia tak leh diapprove sebab dah lebih umur..maaf ye abang Aaron haha xD Dalam group ni aku dapat ramai kawan dan tanpa disangka aku dapat kenal rapat ngan 4 orang member nie :
---> Amsyar (Pahang) ,Muz (Melaka) ,Yus (KL) ,Mirul (Perak)
Kitaorang pun tak tahu macam mana kitaorang leh jadi rapat sedangkan semua duduk jauh jauh tapi takpe bak kata orang Facebook kalau digunakan dengan baik dapat kawan,guna dengan cara tak baik dapat lawan hoho..bermadah jap.. kat sini gak aku jumpa seorang gadis kecik molek dari Sentul :D Aku suka dia,dia suka aku kot ..entahlah tapi jodoh kitaorang tak panjang,terputus di tengah jalan...lepas tu aku ada jugak try2 bercinta ngan perempuan lain..tapi susahlah... tapi takpe sekarang aku menunggu jodoh dari Allah je :D Sekarang ni group ni ramai ahli baru je,jadi yang lama lama agak tenggelam jadi sebab tu kitaorg 5 Bersaudara wujudkan group nie We Are 1995 Family ^_^
We Are 1995 Family
Hehe... ni dia group yang ditubuhkan 5 Bersaudara dengan tujuan nak happy happy,nak carikan korang yang tengah baca ni jodoh (mana lah tau sangkutkan hehehe) & juga nak timbulkan balik ahli group Batch 1995 yang dah tenggelam..nanti takut ada yang mati lemas pulak haha... kat sini paling rileks sebab aku adminnya,mana post yang boleh bawak gaduh aku delete,mana post leh bawak kawan dan teguran aku pinned kan...mudah dan pantas kan :D Tapi bukan aku sahaja admin...ada lagi 4 orang saudara aku hoho... takpe takpe biorkan deme...huhu... dalam group ni pulak aku dapat kesan karakter kawan kawan aku sebab tak ramai jadi senang untuk kenalpasti :) Dalam group ni dah ramai yang jumpa pasangan diaorang dan aku harap diaorang bahagia ^_^ Aku,Amx dengan Muz je masih menyukai tapi tak berbalas,giler sentap rasanya haha... Mirul dah ada Fatin... Yus ni aku tak tahu apa cerita,berahsia orangnya -_- kepada semua kawan kawan dalam Group ni,thanks korang sebab support group ni,tanpa korang jadi tinggalan sejarah jelah group kitaorang nie... sorry tak tulis nama korang semua ye,nanti ada pulak yang sentap macam ni " Alo.. nama aku tak ada pun" jadi baik takyah mention hahaha... Yang ada dimention tu nama 5 Bersaudara je dan Fatin tu terpaksa jugaklah nanti tulis nama Angelina Jolie,habis aku kena kejar dengan Fatin... haha.. oklah sampai sini je entry kali ni,dah letih menulis dah nie :3
Apa Apa Pun Group :
Batch 1995 & We Are 1995 Family Da' Best! ^_^ wink wink *
Bye2 :D
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment