Saturday, 26 January 2013

Undur Diri

Assalamualaikum =) post aku hari ni tentang undur diri.. Setiap orang dalam dunia ini pasti ada rasa cinta pada seseorang.. Tetapi kadangkala bukan semua cinta akan dibalas jadi jalan yang paling mudah untuk diambil walaupun berat rasa di hati ialah mengundur diri setelah berusaha namun masih menemui jalan buntu. Itulah yang aku akan lakukan sekarang,aku rasa inilah masa yang sesuai untuk aku mengundur diri daripada mengejar yang tak pasti dan berharap pada sesuatu yang seperti sudah ada titik noktahnya.. Aku rasa memang benar kata dia yang aku dan dia sesuai berkawan sahaja, dan itu sudah dia ungkapkan sejak awal lagi namun aku yang berdegil dan masih mengharapkan cinta aku padanya berbalas.. Kini aku sedar.. kami hanya mampu meneruskan hubungan kawan sahaja. Tetapi aku tak kan lupa detik2 pengharapan aku pada dia... aku rasa kan bahawa detik itu amat indah dan kini aku harus menoktahkan pengharapan itu.. Aku berharap keputusan aku benar :) Dengan menoktahkan segala kisah ini aku rasa akan bebas kembali :) Kepada Si Dia : Awak terima kasih untuk segalanya,saya tak akan melupakan semua yang kita lalui.. Ingat ye janji kita untuk bertemu 4 tahun lagi.. Saya akan ingat janji tu  KAWAN ^_^ Saya harap kita akan terus berkawan dan kita akan berbahagia dengan pasangan masing masing suatu hari nanti :) Harap dengan kata kata saya ini membuat awak lega dan terlepas dari segala harapan yang saya impikan dari awak :) Oklah dah panjang lebar cerita aku ni jadi aku harap korang seronok membacanya.. Doakan aku ye :-) Thanks kepada yang membaca.. Sekian.. Terima Kasih :D

# Suka Selamanya
Moga Awak Sihat Selalu...

Monday, 21 January 2013

Suka,Cinta dan Sayang Terhadap Rakan

Assalamualaikum... hari ni aku nak story sikit pasal Suka,Cinta dan Sayang Terhadap Rakan yang berlainan jantina. Apabila dua insan yang berlainan jantina mulai rapat walaupun pada asalnya hanya mahu berkawan sahaja pastinya akan timbul tiga perasaan di atas. Namun bukan semua yang kita impikan kita akan dapat,hanya mampu memendam atau menahan rasa sahaja. Aku sebenarnya malas nak taip panjang panjang ni jadi aku dah sediakan satu video yang mungkin aku rasa ada diantara korang dah menontonnya di Youtube. Apa apa pun thanks kepada Muhaimin Fauzi yang memperkenalkan video ini dimana video ini juga seperti ada kaitan dengan apa yang aku sedang lalui sekarang.... Selamat Menonton ...





#Maaf jika Lagu di blog aku menganggu korang.. dengan itu korang boleh lah menekan tulisan "YouTube" yang tertera di Video dan menonton video ini terus di Youtube serta tutup tab blog ini jika perlu..Sekian .. Terima Kasih :D

Thursday, 17 January 2013

Jahat?



Assalamualaikum... entry kali ni ganas sikit tajuknya tapi pengisian InsyaAllah tidak seperti tajuknya. Jahat satu istilah yang cukup terkenal untuk mereka yang melakukan jenayah,tetapi pernah ke kita berfikir kenapa mereka menjadi jahat? tiada perkara yang terjadi tanpa sebab,betul tak? tapi bukan itu yang mahu aku ceritakan. Aku nak kongsi tentang suatu perkara,di Sekolah aku memang semua pelajarnya terdiri daripada lelaki,hampir setiap hari kitaorang mendengar kata kata daripada cikgu kitaorg tentang menjaga hati perempuan kerana kitaorang semua lelaki,cakap dengan kawan kawan pun pakai hentam je sebab lelaki dengan lelaki,jadi cikgu kitaorg tidak mahu kitaorg bertutur dengan perempuan sebegitu rupa,kerana mungkin kata seperti itu mampu menguris hati mereka walaupun bagi kitaorg ianya hanya gurauan. OK kitaorang memahaminya dan cuba mempraktikkannya,tetapi kebanyakkan daripada kawan - kawan aku hanya berani bersembang dengan perempuan melalui chatting dan mesej,kitaorang tidak berani untuk berbual menerusi telefon atau berjumpa secara berdepan begitu juga aku,tetapi walau begitu cara kitaorang ada juga diantara kitaorang yang sudah mempunyai pasangan,namun biasalah kitaorang ditinggalkan begitu sahaja. Kitaorang menantang diaorang bagai minyak yang penuh tetapi kitaorang dilakukan seperti bola sepak,ditendang ke sana kemari,digunakan apabila perlu atau bosan,dilupakan apabila tiada kegunaannya dan dibuang apabila sudah tidak menyukainya atau terlihat kecacatan pada bola itu. Kadang kadang aku berfikir,apa sebenar yang perempuan mahukan? mahukan wang? memang kitaorang tidak mampu...mahukan hadiah? apakah hadiahnya? jika mahal tidaklah dapat kami menunaikan.. terfikir juga seperti hati lelaki ini dianggap seperti batu...dihina,dicaci,ditipu,dibuat seperti permainan oleh perempuan kami masih mampu mengukir senyuman... Adakah mereka mahu kami semua menjadi Jahat atau menjadi "Playboy" yang mempunyai dua tiga orang kekasih dalam satu masa dan melukai hati perempuan tanpa belas kasihan? erm.. tapi aku tidak mahu mendengar hasutan syaitan, aku tidak mahu melukakan hati perempuan tapi jika ada tu aku mohon maaf... aku percaya kalau aku baik pasti Allah akan kurniakan aku wanita yang baik untuk menjadi pedamping aku kelak,InsyaAllah :D Tapi aku selalu tertanya tanya,adakah hanya lelaki yang harus menjaga hati perempuan sedangkan hati lelaki tiada siapa yang ambil kisah? Ingatlah,Walaupun hati lelaki itu dilukai,dia masih mampu tersenyum tetapi di dalam hatinya pedih yang tidak tertanggung dirasakan. Aku bercerita kerana aku pernah merasainya.....

#Tetapi apa apa pun aku tetap respect dengan perempuan dan aku berharap lelaki lain jua begitu,jagalah kurniakan Allah yang lemah ini,kita sebagai Lelaki lindungilah mereka,biar kita ditusuk mata pedang asalkan mereka terselamat dan tidak terkena mahupun sedikit angin angin laluan tusukan pedang itu,apatah lagi tertimbus mata pedang di tubuh mereka :)



Wanita bukan untuk disakiti,wanita bukan untuk dihina dan dimaki,wanita jua bukan tempat pemuas nafsu diri sendiri,wanita juga bukan untuk diusung kesana kemari tetapi wanita perlu disayangi,dijaga dan dinikahi serta berilah kasih sayang yang mencukupi dan jangan sesekali dilafazkan cerai talak pada si Isteri walau membaranya api kemarahan di dalam hati.

Wednesday, 16 January 2013

Mengapakah Harus Memberi Harapan Sedangkan Ianya Palsu?

Assalamualaikum :) Entry aku hari nie pasal Hati dan Harapan... Harapan? ianya kata kata yang menyerupai janji tapi untuk mengelakkan memungkiri janji,seseorang itu meletakkan harapan. Aku,Harapan dan Hati nie dah macam kawan baik dah. Aku selalu diberi harapan tetapi harapan itu sering menyakitkan aku dikemudian hari. Ya,aku memang tak suka berdendam lebih lebih lagi dengan perempuan,sesungguhnya aku respect Kaum Hawa ini. Tetapi kalau ada yang aku ada terbuat korang selaku orang perempuan merasa sakit hati. Maafkanlah aku,aku mungkin tidak dapat mengawal perasaan aku pada waktu itu. Aku harap korang maafkan ye :)

Sebenarnya aku nak cerita kisah aku, aku dah jatuh hati pada seorang gadis yang aku sendiri tidak pernah menemui dia,tapi kenapalah aku suka akan dia? aku pun tak faham... kitaorang selalu bermesej .. dan setiap mesej itu membuatkan aku gembira kerana setiap mesej dia memberikan aku harapan yang suatu hari nanti aku dapat hidup bersama nya... namun segalanya tinggal harapan apabila dia mesej aku dan berkata " awak,maafkan saya jika perlakuan saya buat awak TERSUKA akan saya,saya memang friendly,saya anggap awak kawan baik saya je" ok kata kata tu dah cukup menoktahkan harapan aku pada dia.. tapi mengapa dia pernah berkata yang lagi empat tahun dia ingin menemui ku? adakah pada masa itu dia ingin menyakitkan hati aku apabila dia sudah ada pasangannya sendiri? atau pada masa itu dia ingin membuatkan aku seperti orang yang tidak kenal erti taraf antara aku dan dia sehingga aku jatuh hati padanya? atau pada masa itu dia ingin membuat aku berasa serba salah di mana ketika itu MUNGKIN aku telah mempunyai pasangan ku sendiri dan pada waktu itu putik cinta aku pada dia mulai mekar kembali dan itu pastinya akan menyakitkan hati pasangan aku...aku harap waktu itu tidak akan tiba kerna aku tidak sanggup,aku bukannya orang yang tidak berperasaan,kata kata aku mungkin selalu diselangi gurauan tetapi aku juga manusia,aku ada hati aku sendiri yang dipinjamkan oleh Allah S.W.T. Setelah dia kata kami hanya kawan baik,hati aku mulai luntur semangatnya,dia mesej aku lagi semalam tetapi aku tak membalasnya kerana aku tidak mahu lagi menaruh harapan,tapi apa kan daya,aku tak kuat. Pagi tadi aku balas "Maaf awak,semalam saya tidur awal dan saya silentkan handphone saya" .. kenapa lah aku tak dapat tahan diri aku dari mesej dia? erm.. mungkin aku perlukan masa untuk melupakan dia,mungkin aku perlu mencari diri aku yang sebenarnya,mungkin jika perlu aku akan menghilangkan diri tanpa jejak,tiada siapa yang dapat menghubungi aku sehinggalah aku kenal diri aku yang sebenarnya dan melupakan dia ... Aku harap selepas ini tiada lagi gadis yang memberikan aku harapan,harapan korang ibarat membunuh hati aku dalam diam.. dan kini aku merasakan cinta itu kejam terhadap aku,aku mahu menutup pintu hati aku tapi berjaya kah aku? Aku harap pengajaran dalam bercinta memberikan aku kekuatan untuk aku menutup pintu hati aku kali ini sehinggalah ianya berjaya dibuka oleh seseorang yang bergelar ISTERI kepada aku suatu hari nanti,InsyaAllah... Isteri,seseorang wanita yang sah menjadi milik aku,dan kata katanya harapan yang tidak mungkin dia mungkiri... terus terang aku kata cukuplah kali ini hati aku benar benar sudah mati..untuk melihat aku tersenyum itu masih boleh tetapi untuk melihat aku bercinta itu mungkin tidak sehinggalah ada yang mampu membuka pintu hati aku kembali untuk menerima cinta yang suci dan luhur... Harapan musnah,Jiwa Punah,Hidup Susah,Anggota Lemah,Tidak Menemui Arah ... Sekian

 * Pada Awak,Saya Harap Awak Bahagia Bersama Orang Lain. Taraf kita Cukup Berbeza,Awak Anak Orang Kaya dan Saya Hanya Anak Orang Biasa,Saya Sedar Semua Itu,Maafkan Segala kekasaran Bahasa Saya,Terima Kasih Atas Harapan Awak Walaupun Ianya Tinggal Harapan,Saya Tak Menyalahkan Awak Kerana Awak Berhak Memilih :')

 #Sorry kalau korang pening baca entry aku nie,tapi harap korang paham ok. Thanks membaca ye... :D

Thursday, 3 January 2013

Group Yang Menceriakan Hidup Aku



Assalamualaikum... hari nie entry pasal group2 di facebook pulak ye... Dalam Facebook aku,aku ada banyak group tapi yang aku paling aktif kat dua group nie je (rujuk gambar) :D

BATCH 1995

Group yang ditubuhkan oleh sedara kita nie --> Taiko Dato ... member dalam group ni memang ramai,mencecah hampir 10 ribu... dahsyat tak dahsyat Taiko invite member masuk dalam group ni,dan sebenarnya ramai jugak yang request nak masuk dalam group ni...Aaron Aziz pun dalam senarai menunggu tapi dia tak leh diapprove sebab dah lebih umur..maaf ye abang Aaron haha xD Dalam group ni aku dapat ramai kawan dan tanpa disangka aku dapat kenal rapat ngan 4 orang member nie :
---> Amsyar (Pahang) ,Muz (Melaka) ,Yus (KL) ,Mirul (Perak)
Kitaorang pun tak tahu macam mana kitaorang leh jadi rapat sedangkan semua duduk jauh jauh tapi takpe bak kata orang Facebook kalau digunakan dengan baik dapat kawan,guna dengan cara tak baik dapat lawan hoho..bermadah jap.. kat sini gak aku jumpa seorang gadis kecik molek dari Sentul :D Aku suka dia,dia suka aku kot ..entahlah tapi jodoh kitaorang tak panjang,terputus di tengah jalan...lepas tu aku ada jugak try2 bercinta ngan perempuan lain..tapi susahlah... tapi takpe sekarang aku menunggu jodoh dari Allah je :D  Sekarang ni group ni ramai ahli baru je,jadi yang lama lama agak tenggelam jadi sebab tu kitaorg 5 Bersaudara wujudkan group nie We Are 1995 Family ^_^


We Are 1995 Family

Hehe... ni dia group yang ditubuhkan 5 Bersaudara dengan tujuan nak happy happy,nak carikan korang yang tengah baca ni jodoh (mana lah tau sangkutkan hehehe) & juga nak timbulkan balik ahli group Batch 1995 yang dah tenggelam..nanti takut ada yang mati lemas pulak haha... kat sini paling rileks sebab aku adminnya,mana post yang boleh bawak gaduh aku delete,mana post leh bawak kawan dan teguran aku pinned kan...mudah dan pantas kan :D Tapi bukan aku sahaja admin...ada lagi 4 orang saudara aku hoho... takpe takpe biorkan deme...huhu... dalam group ni pulak aku dapat kesan karakter kawan kawan aku sebab tak ramai jadi senang untuk kenalpasti :) Dalam group ni dah ramai yang jumpa pasangan diaorang dan aku harap diaorang bahagia ^_^ Aku,Amx dengan Muz je masih menyukai tapi tak berbalas,giler sentap rasanya haha... Mirul dah ada Fatin... Yus ni aku tak tahu apa cerita,berahsia orangnya -_- kepada semua kawan kawan dalam Group ni,thanks korang sebab support group ni,tanpa korang jadi tinggalan sejarah jelah group kitaorang nie... sorry tak tulis nama korang semua ye,nanti ada pulak yang sentap macam ni " Alo.. nama aku tak ada pun" jadi baik takyah mention hahaha... Yang ada dimention tu nama 5 Bersaudara je dan Fatin tu terpaksa jugaklah nanti tulis nama Angelina Jolie,habis aku kena kejar dengan Fatin... haha.. oklah sampai sini je entry kali ni,dah letih menulis dah nie :3


Apa Apa Pun Group :

Batch 1995 & We Are 1995 Family Da' Best! ^_^ wink wink *

Bye2 :D