Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum sahabat ku sekalian :) apa khabar hari ini? hari ni aku just nak kongsi sedikit penulisan dari kefahaman aku :3 harap apa yang aku tulis nanti tidak akan menyinggung hati sesiapa ok, siapa yang kenal cara aku dia fahamlah macam mana aku ni.. Selamat Membaca~
Pesanan Kepada Sahabat IPTA : Korang yang dapat IPTA ni adalah antara manusia yang terpilih sebab bukan semua yang dapat menjejakkan kaki mereka ke menara gading Awam ini. Aku banyak dengar yang belajar di IPTA ni boleh main main lagi tapi kita dah besarkan,jadi kurangkan lah main main tu.. fokus fokus fokus~ sebab korang boleh dikira pelajar yang pandai dalam akademik dan bagus dalam kokorikulum so jangan sia siakan kepercayaan yang diberikan oleh pihak Universiti kepada korang ye :) Tak kisahlah ambik diploma apa pun,skor sebaiknya dapatkan 3.0 dan ke atas ye.. Good Luck Korang! Semoga happy happy selalu :)
Pesanan Kepada Sahabat Politeknik : Jeng jeng jeng :3 hehe kepada korang pulak yg dapat Poli Premier tu korang sama je macam pelajar IPTA jadi takde beza sangat pun mungkin praktikal korang lebih sikit kot,kot ar haha yang dapat Poli Konvensional tu korang adalah generasi yang sebenarnya diperlukan sangat untuk memenuhi pasaran tenaga kerja dalam Malaysia menjelang 2020,yang dapat buat diploma tu aku rasa praktikal korang more than teori yang akan korang belajar nanti.. tapi tak banyaklah mungkin lepas 10%-15% je lah.. yang buat sijil tu jangan risau jangan khuatir,korang ada kemahiran..dengan kemahiran korang boleh hidup ar,tenang je.. jangan gusar,InsyaAllah korang juga boleh jadi hartawan :3 percayalah padaku haha ~ Teori semata mata adalah kosong ye,takde sapa nak korang kalau setakat diploma tapi kalau Sijil kemahiran ni ramai nak korang... sbb walaupun sijil je korang tahu apa yang patut korang buat,yang ambik mekanikal.. kalau nanti masa nak mintak kerja katakanlah tauke or bos korang bagi sebiji motor suruh korang tanggalkan semua dan pasang balik,InsyaAllah korang boleh buka dan pasang sesempurnanya manakala yang ambik diploma berkaitan mekanikal ni dia hanya tahu cakap je mana yang kurang mana yang tak betul tapi cuba bagi dia buat,belum tentu dia tahu nak buat..Selamat Berjaya :3
Pesanan Kepada Sahabat Matrik : Ok,ni budak budak pandai jugak ni.. semua bekas pelajar Pure Science,Sub Science dan Akaun.. korang semua ada masa 1 tahun atau 2 tahun mengikut surat tawaran koranglah,korang pergi sana dan fight,korang pelajar pandai kalau tak matrik tak kan ambik risiko bagi korang masuk ke matrik ni sebab bukan senang ye semuanya berasaskan sains dan akaun.. tengok modul korang lah nanti. Walaupun kena struggle tapi percayalah korang boleh buat,sebab korang boleh dapatkan keputusan yang baik dalam SPM jadi setakat matrik ni mesti kacang jelah kan haha masa tu susun cantik ye :) Selamat Menempuh Liku Liku Matrik dan Selamat Berjaya ye :)
Pesanan Kepada Sahabat Tingkatan 6 : Ha ni geng aku,orang kata sekapal lah,cuma lain lain kerja.. kepada yang ambik jurusan sains tu aku tahu memang susah sebab jurusan kemanusiaan pun dah pening sebenarnya,nak kejar 10 markah,sembang sampai dua kertas,mana nak dapat idea,baca baca baca.. haha tapi baca membuta pun tak boleh jugak,baca dan faham,applikasikan pembelajaran korang tu jangan bila kata applikasi ingat play store,BB apps,Apps store dan macam macam lagi lah,zaman serba moden,dunia di hujung jari~ walaupun orang pandang rendah pada kita macam kita ni sisa je tapi takpe,bukitkan sisa sisa kita pun nanti kita akan bernilai,botol kosong tu sisa tapi bila NIKE olah dah olah tambah itu ini botol kosong yang kos nya berapalah sangat dapat menghasilkan sehelai jersey bola sepak dan dijual dengan harga beratus ringgit dan dengan sisa tulah Cristiano Ronaldo,Wayne Rooney,Mesut Ozil dan Neymar pakai sewaktu membantu pasukan masing masing merebut gelaran juara FIfa World Cup 2010 .. jadi tak usah risaulah,kita hanya perlu usaha,tapi jangan dengar sangat cakap orang yang tingkatan 6 ni susah,kena usaha bagai nak gila,tak tak tak.. semuanya bergantung pada pengurusan masa,belajarlah 10 jam pun tapi takde mood sure tak kan masuk tapi belajar 10 minit asalkan faham itu lebih memadai. Jangan dengar hasutan senior ye..kehidupan kita berbeza,yang baik kita ambik yang keruh kita tapislah sekarang dah ada water filter apa susah huhu~ apa apa pun wahai rakan seangkatanku ayuh kita mengubah persepsi orang terhadap kita ok! Selamat Berjaya!! Selamat Struggle,struggle ke? boleh lah boleh lah :3
Pesanan Kepada Sahabat IPTS : yo korang :) korang maybe dah tak nak pakai baju sekolah so sebab tu ramai yang tolak tingkatan 6 dan ke IPTS sebenarnya takpe pun dimana ada kemahuan di situ ada highway~ haha sebabnya bila korang belajar di IPTS korang dah rasa kehidupan Universiti.. korang dah boleh sesuai kan diri tapi pada yang masuk awal lepas habis je SPM tu adalah keputusan yang terbaik sebab mempercepatkan proses mendapatkan Sijil korang,yang baru nak masuk pun takde masalah cuma kena pandai pilih IPTS sebab kebanyakkan IPTS ni berlandaskan keuntungan semata mata,kata pun swasta jadi keuntungan dan swasta tak dapat dijauhkan,dekat dekat dan semakin dekat :3 Yang penting bila belajar IPTS korang kena usaha jugak,kena struggle jugak sebab korang dah melabur banyak jadi mesti nak pulangan yang terbaik kan jadi tak leh nak rileks rileks sebab kosnya bukan seribu dua tapi berbelas dan ada yang sampai berpuluh ribu,orang kata kalau kahwin pun dah lepas haha tapi belajar tu penting dari kahwin ok :) Nak ulang pun melibatkan penambahan kos yang tinggi.. jadi pandai pandai buat percaturan,cuma aku nak cakap dapatkan hasil yang terbaik dari hasil pelaburan yang besar. Selamat Berjaya!
KEPADA YANG SUDI BACA DARI ATAS KE BAWAH TU TERIMA KASIH SANGAT SANGAT AKU UCAPKAN! :)
# Belajar betul betul,nak awek ke nak pakwe ke lantak lah asalkan belajar,habis belajar..kerja... kawen..timang baby :3 wuu~ haha bye bye,takat ni je penulisan aku ok :3 TATA~ :3