Tuesday, 5 February 2013

"Abang! Tolong Wani!"



"Abang! Tolong Wani!" alangkah terkehutnya Azlan pabila terdengar jeritan tersebut menjengah masuk ke telinganya. Hatinya yakin bahawa jeritan tersebut mirip suara adiknya yang tinggal di kampung. Azlan semakin khuatir kebarangkalian memang benar sesuatu yang buruk telah menimpa adiknya yang bernama Wani itu. Detik demi detik,hatinya kian tidak tenteram lalu dicapai telefon bimbitnya dengan serta merta dia menelefon ibunya kerana adiknya itu tidak mempunyai telefon bimbit,tut...tut...tut... bunyi yang keluar dari corong telefon bimbit itudan beberapa ketika kemudian kedengaran suara ibunya "Hello...Assalamualaikum...ha! Azlan kenapa kamu telefonmak ni?" tanya wanita separuh abad yang bernama Maimun itu. Dengan suara yang resah ,Azlan menjawab pertanyaan tersebut "Waalaikumsalam Ibu,Wani ada tak? Azlan nak cakap dengan dia kejap" suara ibunya kembali kedengaran "adik kamu belum balik lagi,biasanya pukul 5.30 petang baru dia balik". "Oklah ibu,nanti kalau Wani balik suruh dia telefon Azlan balik" kata Azlan yang ingin menamatkan perbualan tersebut sambil memandang jam di dinding,"baiklah nanti ibu suruh dia telefon kamu balik,Assalamualaikum" tambah Maimun lagi dan dia meletakkan ganggang telefon rumahnya kembali ke tempat asal setelah salamnya dijawab oleh anaknya itu.

Jam kini menunjukkan jam 9 malam namun tiada sebarang panggilan yang diterima oleh Azlan. Tiba-tiba telefon bimbitnya berdering lalu diangkat dengan tergesa-gesa,suara ibunya kedengaran seakan-akan ingin menangis "Azlan! adik kamu hilang! tadi mak ke tempat kerjanya lebih kurang pukul 7 petang,mak tanya kawan-kawan dia ke mana adik kamu pergi tapi diaorang kata adik kamu dah balik tepat jam 5.30 petang tadi,mak risaulah Azlan" kata ibunya yang kini tidak dapat menahan air matanya lagi. "Mak bertenang ye,bawa-bawa mengucap,insyaallah adik selamat" ujar Azlan yang cuba menenang jiwa ibunya yang sedang kacau. Setelah beberapa minit berbicara dengan ibunya,Azlan kembali meletakkan semula telefon bimbitnya dan sekilas itu kedengaran suara sayup-sayup nyaring seperti suara adiknya,"Abang!pulanglahlah ke kampung,cari jasad Wani. Wani sakit sangat ni!". Serta merta wajah Azlan berubah dan air mata mula membasahi pipinya,sepantas yang mungkin Azlan mengemas pakaiannya untuk dimasukkan ke dalam begnya lalu dicapai kunci kereta dengan bercampur hati yang masih tidak tenteram,Azlan memandu dengan laju namun dia turut berdoa  agar perjalanannya pulang ke kampung halaman selamat.

Dua jam memandu,akhirnya dia selamat sampai ke ke kampung halamannya,sebaik sahaja keluar dari kereta,Azlan terus menerpa ke arah ibunya lalu dipeluk seerat-eratnya maka berlinanganlah air mata kedua beranak itu sambil di dalam otak masih berlegar-legar memikirkan keadaan Wani. Azlan naik bersama ibunya ke dalam rumah untuk merehatkan diri namun gagal melelapkan mata. Dalam kesunyian malam suara Wani muncul sekali lagi,kini lebih jelas dan menampakkan kesakitan dari perkataan yang dilafazkan olehnya "Abang! esok kumpulkan orang kampung cari Wani! Wani dah tak tahan ni,sakit sangat!". Menitis kembali air mata Azlan mengenangkan kata-kata suara yag menusuk tepat ke arah telinganya tadi.

Matahari tegak di atas bumbung rumah menandakan hari sudah pun siang,segera Azlan bangun dari tidurnya lalu menuju ke bilik mandi untuk membersihkan diri. Selesai mandi dia segera mengenakan baju kemeja dan seluar jeans dan segera bergerak untuk ke rumah ketua kampung tanpa memberitahu kepada ibunya terlebih dahulu.Setibanya di rumah ketua kampung,Azlan memberi salam dan tanpa perlu menunggu lama salamnya dijawab lalu pintu dibuka luas. Dia dipelawa masuk,Azlan duduk di sofa namun hatinya mendesak agar dia segera menceritakan segalanya,tanpa membuang masa Azlan menceritakan perkara yang menimpanya termasuklah suara yang didengarinya. Ketua kampung yang lebih dikenali dengan panggilan Pak Abu itu memang baik orangnya apabila dia sepantas lipas kudung menuju ke surau dan membuat pengumuman supaya penduduk kampung terutamanya kaum lelaki berkumpul di perkarangan surau.

Penduduk kampung begitu patuh dengan arahan Pak Abu apabila tidak sampai 30 minit hampir keseluruhan penduduk kampung telah pun berkumpul di pekarangan surau. Pak Abu begitu yakin bahawa penduduk kampung pastikan akan membantu Azlan. Pak Abu berdiri di hadapan penduduk kampung lalu menjelaskan segala kesulitan yang melanda Azlan dan ibunya. Selesai berucap,gerakan mencari dimulakan beberapa ketika kemudian. Hujan turun dengan lebatnya sepuluh minit kemudian sekaligus menyukarkan gerakan mencari namun semangat penduduk kampung untuk membantu Azlan mencari jasad adiknya,Wani tidak luntur. Tiba-tiba Azlan melutut di tengah-tengah penduduk kampung menandakan dia sudah tidak mampu menahan sebak di hati air matanya mula berjurai,"Wani dekat mana? bagi tahulah Wani,abang dah tak mampu!" kata Azlan yang keluar dari mulut tanpa diduga sambil mengharap pertanyaannya dijawab. Beberapa orang penduduk kampung menuju ke arah Azlan dan cuba menenangkannya serta membantunya berdiri kembali.

Sebaik sahaja Azlan kembali berdiri kembali dia terdengar suara adiknya menjawab pertanyaannya tadi "Wani ada dalam semak belakang stesen bas,cepat abang! Wani dah tak boleh tahan,sejuk sangat ni!". Semua penduduk kampung segera ke tempat yang dinyatakan suara tadi kerana mereka juga terdengar suara tersebut,sayu bercampur sedih pabila mereka semua menjumpai mayat Wani terkujur basah dengan matanya terbuka memandang langit nan biru,badannya peuh dengan kesan lebam serta tangannya menggengam erat perutnya yang dipenuhi darah. "WANI!!!" jerit Azlan yang seperti orang hilang akal melihat keadaan adiknya yang begitu tragis. Dipeluknya dan diriba mayat adiknya sambil air mata tidak terhenti-henti berjujuran. Mayat adiknya dibawa pulang untuk dimandikan,disolatkan serta dikafankan sebelum dikebumikan dengan cara yang sempurna. Akhirnya selesai sudah dikebumikan jenazah Wani betul-betul sebelah kubur ayahnya. Azlan dan ibunya masih gagal menahan air mata mereka namu mereka redha atas pemergian Wani. Dalam tangisan mereka berdua,tiba-tiba penduduk kampung yang masih berada disitu dikejutkan dengan satu suara yang keluar dari mulut Azlan namun berbeza bunyinya,"Ibu maafkan Wani,Wani tahu Wani banyak buat salah dengan ibu,halalkan makan minum Wani,Wani nak ibu relakan pemergian Wani" kata suara yang sebenarnya suara arwah Wani yang memasuki tubuh Azlan."Ibunya maafkan Wani,ibu halalkan makan minum Wani dan ibu relakan pemergian Wani tapi kenapa Wani boleh jadi macam ni?" tanya ibunya yang mencari jawapan bagaimana anak daranya boleh jadi sebegitu rupa. "Semalam Wani balik dari tempat kerja,lepas tu ada dua orang lelaki berjalan ke arah Wani,diaorang jalan rapat-rapat dengan Wani dan tak lama kemudian diaorang keluarkan pisau minta duit dari Wani. Wani tak bagi diaorang duit,lepas tu diaorang tolak Wani dalam semak belakang stesen bas dan tikam Wani,tak cukup dengan itu diaorang pijak-pijak Wani sampai lembik. Sakit sangat ibu tapi mungkin dah ditakdirkan Wani pergi menemui Ilahi dengan car macam tu. Wani pasrah." selesai berbicara suara itu menghilang manakala tubuh Azlan rebah menyembah bumi. Kini sudah dua tahun peristiwa tersebut berlalu dan Azlan telah pun pulih dari segi rohani dan jasmani. Azlan juga telah menjadi seorang anggota polis kerana dia mahu peristiwa yang menimpa adiknya,Wani tidak akan berulang lagi.

                                                                        ~TAMAT~


*Cerita ini Diambil Kembali Daripada Blog Lama Aku 

(www.petikangitarelektrik.blogspot.com)
#Hak Cipta Terpelihara / Copyright Reserved#

Friday, 1 February 2013

2.2.2012



Assalamualaikum... 2.2.2013 itulah tarikh hari ini.. Pastinya bagi anda diluar sana tarikh ini hanyalah seperti tarikh tarikh yang lain tetapi bagi aku tarikh ini cukup bermakna bagi kerana pada tahun lalu pada tarikh ini aku telah bertemu dengan seorang gadis KL walaupun hanya berkenalan di muka buku tetapi hati aku mula menyukai caranya. Aku tidak dapat menidakkan perasaan aku padanya pada waktu tersebut,berbekalkan sedikit keberanian aku bertanyakan status dirinya dan aku menyatakan hasrat aku yang terpendam. Alhamdulillah niat aku disambut baik olehnya,dia membenarkan aku masuk ke dalam hatinya.. Kami sungguh bahagia walaupun tidak pernah bersua muka mahupun berbual menerusi telefon namun khidmat pesanan ringkas yang menjadi penghubung kami menampakkan yang hubungan kami bertambah erat dari hari ke hari. Kata katanya membuatkan aku rasa sungguh bersemangat setiap hari. Aku mula berubah ke arah kebaikan atas dorongan dia. Setahu aku kami tidak pernah bergaduh tetapi apa kan daya akhirnya setelah tamat Peperiksaan SPM dan pada ketika itu aku sudah sebulan tidak mendengar khabar beritanya cuma salam yang aku sampaikan padanya menerusi rakan sekolahnya,akhirnya kami berpisah setelah 10 bulan menjalani perhubungan.. 9 Disember 2012 itulah noktah perhubungan kami. Sedih aku tidak terhingga namun aku kuatkan hati agar air mata aku tidak tumpah kerana untuk apa aku menjatuhkan air mata,aku tidak mahu keluarga aku melihat aku menangis.. Aku lelaki,ego ku tinggi! Aku ada maruah! Aku ada Perasaan! Aku bukan sampah yang engkau boleh campak begitu sahaja! Pabila sudah tidak ada rasa cinta kau mohon agar kau dilepaskan,baiklah aku lepaskan kau jika itu kehendaknya.. Selepas kejadian itu aku ada juga mencuba mencari pengganti tetapi hati ini masih belum mahu menerima sesiapa walaupun pada ketika itu gadis lain telah muncul dalam hidup aku.. Aku tidak dapat merasai nikmat percintaan itu lagi seolah olah hati aku telah mati. Setelah itu aku mulai menyukai gadis lain namun cintaku tidak berbalas,tidak mengapalah.. Lelaki hanya berusaha namun segala keputusan di tangan wanita. Namun Allah itu Maha Memberi.. Aku dikurniakan seorang gadis Sarawak yang aku tidak pernah menemuinya dan aku jatuh hati padanya menerusi coretan kata katanya di facebook dan juga menerusi perbualan chat di Whatsapp.. Orangnya baik,lemah lembut,sering membuat aku tertawa dan tidak jemu melayan karenah aku yang gila gila ini.. Walaupun baru mengenalinya aku merasakan yang kami makin akrab lalu aku ambil peluang ini untuk menyatakan hasratku untuk bersama sama dia menjadi teman tapi mesra.. Dia bersetuju dengan hasrat aku.. Alhamdulillah hubungan kami dari hari ke hari bertambah baik dan kami hanya berhubung menerusi Whatsapp dan masih belum berbual menerusi panggilan telefon... Walaupun dia bukan yang pertama tetapi aku berharap dia gadis yang terakhir akan muncul dalam hidup aku.. Aku berharap aku tidak lagi dilukai.. tidak lagi diberi harapan palsu.. dan dipermainkan.. Cukuplah apa yang aku tanggung selama ini ... Sekian Terima Kasih


* Kehadiran Wanita Dalam Hidup Lelaki Ibarat Cahaya Jadi Jangan Malapkan Mahupun Padamkan Cahaya Yang Menerangi Hidup Kami.. Jangan Hadir Ke Dalam Hidup Kami Sekiranya Cahaya itu Hanyalah Sementara Buat Kami Seolah Olah Cahaya Itu Sekadar Untuk Menghasilkan Bayangan Kepura Puraan. Namun Hadirlah Jika Engkau Merasakan Engkau Mahu Menjadi Cahaya Dalam Hidup Kami Selama Lamanya. :D

#Terima Kasih Kepada Semua Yang Sudi Membaca Entry Pada Kali Ini. Saya Menyusun Sepuluh Jari Andai Entry Ini Ada Membuat Anda Terasa atau Sebagainya...